Wednesday, September 19, 2012

Pengalaman bersalin Syahmi Bhgn Akhir..:)

Sambungan dari …Part 2 

Bahagian Akhir....


Aku rasa sangat sakit pada kawasan perut..rasa macam sakit ‘datang bulan” ….tapi sakit ni sakit yang teramat sangat…aku panggil nurse…tapi malangnya nurse takde masa tu….aku tgk pon takde kelibat nurse untuk aku panggil…..oh..aku terlupe… yg masa tu tgh bulan puasa…dorang tgh bersahur..so aku tunggu la dlm 30 minit cenggitu…baru kelibat sorang nurse dtg kat tmpt dorang…so aku pun panggil laa…dtg la nurse tu kat aku….then dia tanya apa n kenapa…aku ckp la yg aku sakit sangat kat perot..then dia ckp sakit mcm mana…..aku ckp sakit sgt…menyucuk nyucuk…

Then dia pon tgk la kat perot aku..n tgk kat kawasan yg sewaktu dgnnnya tuu….pastu dia tetibe mcm terkejut…coz dia tgk darah dah banyak giler ….aku ckp darah kat mana….nurse tu tak jawab…dia suruh aku tunggu kejap..dia nak pegi panggil doctor….

Then masa dia panggil doctor melalui telefon...lepas dia cakap terus dia dtg kat tmpt aku n suruh aku bersabar…puan tahan yer…sekejap lagi doctor sampai katanya….puan bleeding neh…WHATTTT?? Aku BLEEDING ?? mcm mana aku boleh bleeding neh…..masa dia cakap aku bleeding tu..aku dah takott….sangat takot..terus rasa mcm nak pengsan…dah la sakit tak habes lagi..ni kene bleeding plak…..hadoii la haii..

Lepas nurse tu dtg…then dtg lagi 2 3 org nurse..dah kecoh tmpt aku tuh…pastu selang 10 minit dtg doctor yg operate aku tuh…dia check itu ini n bgtau kat aku yg aku bleeding….aku mcm iyer tak yer je dgr dia cakap cenggitu…sbbnya aku punya ubt vius tak abes lagi….so of course aku ada sikit khayal….then dtg lagi sorang nurse ni bawak mesin utk check  HB aku….result sgt mengecewakan sbb HB aku sgt rendah…doctor ni dah runsing…then dia decided tolak aku ke labour room balik…..masa tu…kecoh sudah….aku rasa dekat 7 8 org nurse yg ada kat situ nak tolong….uissshh…mcm serius jer kes aku nih….before kene tolak ke labour balik….katil aku dorang kasi tutup dgn langsir….tak nak ganggu pesakit lain…sbb kat situ dah mcm kecoh…

Bile kene tolak ke labour room balik..doktor bgtau yg aku bleeding terlalu bnyk….dan dia tgh tggu ketua doctor utk tgk keadaan aku sebelum apa apa keputusan dibuat…dlm sejam mcm tu..dtg ketua doctor dan dorang berbincang kat sudut lain…tpi aku still boleh nmpk dorang…keadaan aku masa tu sgt ramai di kerumuni oleh nurse dah doctor yg bertugas…dah mcm2 muka yg dok depan aku masa tuh…aku rasa agaknya aku ni special kes kot…lepas abes bincang tu…dia dtg kat aku n bgtau…yg dorang nak operate aku semula…WHATT?? OPERATE semula??? Then aku tanya kenapa sampai mcm tu sekali..doktor tu ckp..yg darah aku tak stop keluar….so dorang sebulat suara utk lakukan operation semula utk tgk keadaan aku apa yg boleh dibuat utk memberhentikan atau memperlahankan darah yg keluar tuh…

Ohhh…tidakkkk..masa ni aku dah nangis…sbb doctor ckp ada 2 kemungkinan yg dorang nak lakukan keatas aku…option pertama dorang akan jahit salur darah kiri n kanan aku utk memperlahankan darah..sbb peranakkan aku lambat mengecut…hopefully menda tu berjaya la sbb dorang ckp..klu tak berjaya …dorang akan guna option ke2 iaitu option yg klu boleh dorang tak nak lakukan…korang nak tau apa option ke 2 tuhh?? Option ke 2 tu ialah utk membuang rahim aku….means klu buang …aku tak boleh mengandung dah okey..YA ALLAH…berat nyer ujian ini aku rasakan…tpi doctor ada bgtau jugak….itu option ke2..klu boleh dia tak nak amek option tuh…sbb dia kata aku masih muda..then baru sorang anak…so dia cakap kita sama2la doa yg option pertama tu berjaya…..On the spot aku mintak nak tanya asben dulu…so doctor cakap …memang saya tgh call asben awak ni….tapi call tak diangkat…mungkin dia tidor sbb dia balik dari hospital pun baru beberapa jam..so aku assume asben aku tidor mati…sbb penat !

Doctor lak mintak aku number lain jika ada….sbb dorang nak operate aku secepat yg mungkin…aku terus blur…tak igt number lain…sbb asben aku ada 3 tepon….so yg aku igt satu number tu je bila dah dlm keadaan mcm tu…last2 aku teringat mak…then terus suruh doctor call phone rumah jer..mintak2 la mak yg angkat…then Alhamdulillah..betul…doctor ckp mak yg angkat..then mintak kejutkan asben and bgtau incik asben yg doctor mintak dia dtg ke hospital balik sbb nak operate aku semula…ada emergency case…jarak Hospital Kajang n rumah aku amek masa dlm 20-30minit jugak..Finally asben dtg dan jmpa aku…masa tu aku di jaga oleh matron tak salah aku..dia dpt jmpa aku kejap jer sbb doctor nak jmpa dia dan nak bincang…

Lepas bincang dgn doktor…asben dtg kat aku n bisik bgtau aku kene operate sekali lagi..aku cuma menganguk faham dan menangis, masa tu terpikir….kalau la tak berjaya operation ni nanti….mati la aku mcm ni..kesian anak aku..mcm mana dia nak minum susu..sape nak jaga dia..kesian aben aku tinggal sorang…mcm2 terlintas okeh..masa nak tunggu kene tolak ke OT…

But finally bila kene tolak masuk dlm OT tu…episode sedey berlangsung lagi…mcm nak pergi berperang la gayanya…nangis2…siap pesan mcm2 kat asben..
Bila dah masuk OT tu…doctor bgtau yg aku akan dibius sepenuhnya…..so ok la..tak kan aku nak sedar pulak kan time dorang tgh operate tuh..gilo apo..

Alhamdulillah…dorang choose to 1st option..bukan 2nd option.

btw,once done…incik asben bgtau yg aku dok dlm OT tu almost 3hour..ntah laa, apa yg aku igt..bila nak kene tolak keluar tuh aku mcm mamai2 biler ada org sebut n panggil panggil nama aku…aku just menganguk jer..lepas tu aku tak sedar pape sbb ubt bius…then aku kene tido utk rehatkan badan….and again..baby not with me..1st day deliver, 2nd day aku tak tahu mana anak aku…aku diberitahu yg anak aku kat bilik baby je…3rd day baru dorang amek baby letak kat tepi aku…aku plak di letakkan di bilik yg di observe oleh seorang matron…seme dorang yg buatkan..aku just terbaring jer..nak minum makan seme dorang yg suapkan…sampai aku yg request nak suap sendiri…family members yg nak melawat pun hanya sorang sorang je yg dibenarkan masuk…and ce teka kene masuk berapa beg darah?? Aku dimasukkan 3 beg darah....pehhh..hambek..Masa kes aku bleeding nih...mak abah aku dah marah2 kat doktor masa dorang dtg melawat 1st day tuh...
kesian plak kat doktor tu...diam jer tak menjawab...sbb aku rasa dia faham perasaan mak ayah bila anak kene kes mcm ni..sbb kes ni majoriti boleh bawak mati...sbb sesiapa yg bersalin dan kehilangan bnyk darah sgt la bahaya....nyawa di hujung tanduk..

Aku stay kat hospital sampai hari ke4….then ingatkan boleh discharge lepas doctor dah puas hati dgn perkembangan aku..sbb aku sgt tak larat okeh nak dok hospital…nak jaga Syahmi time mlm.. Sbb nya??? siang je aku rasa heaven sbb ramai yg jaga Syahmi..waktu malam memang mimpi ngeri la ko nak jaga…dgn sakit operate 2x…nak menyusukan dia…nak amek dia dari katil baby tu pun dah seksa even sebelah katil jer..last2 end up kene tahan lagi sbb Syahmi kene jaundice @ kuning !


So bermula la episod kene transfer ke wad NICU….alahai…wad NICU ni mak bapak baby je boley masuk okeh…tapi dlm wad NICU ni sayu sgt sbb baby prem bnyk sgt kita boleh tgk masa nak lalu ke wad tuh..tersentuh emosi mak mak nih…pastu masa anak sendiri kene dok bawah lampu tuh sambil berbogel ..hanya boleh pakai pampers….masa ni air mata aku asek menitik jer…sedih sesangat..tgk anak dok dlm tuh….pastu mata dorang kene tutup dgn kapas plak..sedih u olls tgk anak bila kuning nih..kene amek darah tak payah cakap la…dah la kecik lagi takde isi..kena amek darah..pastu aircond kat spital dah la sejuk..mengigil aku tgk anak aku tuhh…air mata tu kalau di tadah 1 baldi aku rasa…>.<
asben la jadi tmpt mengadu..MMS gambar..
bila time melawat jer…tak sabar2 nak tunggu asben dtg…

gedebak gedebuk kene tahan kat NICU tu dlm 3 hari 2 malam la kitaorg kat sana…tu pun request nak balik umah dah sbb tak sanggup nak beraya kat hospital..last2 dpt la kitaorg balik rumah 2 hari sebelum hari raya…huwaaaa…sedey taw…camput tolak seme dok  kat hospital  dlm 7 hari…alahhhaii…

Then perkara yg paling jadi kenangan ialah pada Raya Pertama kitaorg diwajibkan dtg ke hospital ..boleyy?…sbb dorang nak tgk bacaan kuning Syahmi…itu syarat yg dorang tetapkan if nak balik…so kitaorg turutkan aje...

So selama 2 minggu la berulang alik hospital..last2 kuning dia beransur hilang…selepas bermacam macam petua dibuat…mandi kan dgn daun2 kering yg dibeli kat kedai sensei laa..pastu kasi susu kambing laa..kasi minum anggur laa…jemur kat matahari pagi lepas subuh laa…smua kitaorg buat…biaselahh..duduk dgn org tua…mana yg tak bercanggah dgn agama dan mana yg boleh kita rasa boleh cuba..kita cubalah…InsyaALLAH…yg penting usaha…dalam islam kan digalakkan berusaha…sambil berdoa…J

So tamat la 1001 kisah pengalaman bersalin Muhamamd Syahmi ni..lain org lain pengalaman kan..so ini bahagian aku yang Allah dah tetapkan…aku terima dgn redha ujiannya..dan aku tak serik utk mengandung lagi...tapi tunggu 3 tahun lagi la yer...sbb itu yg doktor sarankan... :)

 gambar raya pertama kami sebagai suami isteri dan juga sebagai mak bapak !


wajah kuning Syahmi ..nmpk kan kuning2 tu..
baby kuning ni tido je....-_-



4 comments:

  1. Ya Allah..hebat ujian Allah berikn pd myra..alhamdulillah semuanya selamat..walaupun syahmi dh lebih setahun tp pengalaman tu masih terbayang2 kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah..selamat...walaupun Syahmi dah setahun memang sampai skrg masih terbayang keadaan tu..

      Delete
  2. Mase ni aku ingat smart sms aku suruh doakan kan...alhamdulillah semue selamat...betape indahnye dapat melalui pengalama mcm tu kan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. asben aku ada msg ko ea time tu?...aku tatau pon......anyway thanks doakan aku selamat...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...