Tuesday, March 29, 2011

MRTA vs MLTA

today aku survey thru tenet mengenai MRTA & MLTA....is all about buying a HOUSE !!!!....

juz for my info....


all this term aku kene alert...nak beli rumah ni bukan mcm nak beli beskal.....kene workout sikit....knowledge kene ada sikit pasal nak beli2 umah nih....jgn kene tipu sudah la...alhamdulillah....aku dah ada agent yg boleh handle kan.....tpi as a owner kita kene tahu jugak....jgn wat endah tak endah yer........

juz my 2kupang...



luv 3 of us....





Monday, March 28, 2011

sentuhan my lil baby..

alhamdulilah...akhirnya aku merasa sentuhan atau tendangan baby.....sentuhan baby agak berkala....baby tak besar n panjang sgt lg...jadi sentuhan dia dan tendangan nya tidak sehebat baby yg berusia 6 bulan ke atas....mungkin baby tgh mengeliat kot.....huhu....

sgt2 teruja bagi aku....pengalaman yg sgt berharga..

aku sekarang nak makan menda yg bnyk zat besi...its all about anemia.....no good for baby...mama kene mknan yg ada zat besi.....have to !!! klu tak nanti baby tak dpt oksigen yg cukup....

Ya allah...kau lindungilah cahaya mata kami ini...amin...

my lil 20 weeks...

20 weeks of pregnancy


alhamdulillahhh....syukur kepada Allah my lil one dah menjangkau ke 20 minggu.....sudah 5 bulan....perut pun dah semakin comel...berat pun bertambah...dah kelaratan semakin kurengg...huhu.....but that a precious moment for those are pregnant....:)

dis comin wednesday aku ada appt dgn doc....due tu weight gain aku...pastu kene amek darah 2 times...then kene minum air gula....pergghh.....nasib la yer....tpi takper....itu seme procedure...nak tgk aku ni diabetic atau tak...plus aku nak kene check anemia aku ni....bacaan dah melebihi minima atau belum....hopefully lepas la bacaan hb aku tuh.....a week ni aku dah minum susu u olls......mkn ikan bilis....bayam jer aku belum makan....huhu......

tpi yg best nyer...my sweetheart ada temankan g appt nti....bkn apa....aku risau aku tak leh drive lepas amek darah 2 kali..aku ni cepat pening...due to my high blood yg kurang.....

okla.....dis week my baby is 20 weeks already....so progress my lil one adalah seperti berikut.....

" pertumbuhan bayi dalam kandungan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang...saiz bayi ketika ini ialah kira kira 25cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340gram.....pigmentasi pada kulit si ibu mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti..payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir....ingat....jangan cube memicit cecair itu...

Selain itu juga kita akan mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj...sendi dan ligamen ligamen badan juga akan menjadi kendur....kita akan kerap merasa saki pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.."


waa.....good progress....hopefully semuanya selamat kat dlm perut ni yer sayangg....

btw,papa ada kat kl lagi nih....nti nak g desa pandan dgn papa n meet up wif bankers....we need to settle few things before papa goin back to Jb......

bestnyer tiap2 wikend ada dgn papa...heaven !!! i pray to ALLAH hopefully next year i will be at Jb working there n staying there wif my asben n our little baby....amin.....

luv 3 of us...

Thursday, March 24, 2011

Anemia Semasa Mengandung

Anemia Semasa Mengandung


Jika semasa mengandung anda sering letih, sering pengsan, kelihatan pucat, selalu sesak nafas, janganlah ambil ringan. Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut

Apa itu ANEMIA

Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah semasa mengandung.


Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun anda tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, anda masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.

Terdapat banyak jenis Anemia. Jika anda merasakan bahawa anda mengalami masalah ini, berjumpalah doktor.

Penyebab

Kebanyakkan Anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia :

  • Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian
  • Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
  • Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya Anemia
  • Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
  • Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

Faktor - faktor risiko

Berikut adalah beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko untuk mendapat Anemia :

  • {mosimage}Wanita yang mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
  • Wanita yang mengandung kembar
  • Sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
  • Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat Anemia.
  • Merokok dan meminum alkohol berlebihan
  • Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan penyerapan zat makanan
  • Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.

Tanda - tanda dan gejala

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :

  • Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
  • Kelihatan pucat
  • Kesukaran bernafas/sesak nafas.

Gejala berikut juga boleh berlaku :

  • Loya
  • Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
  • Sakit kepala dan pening
  • Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
  • Mudah lupa

Berikut merupakan gejala yang jarang berlaku :

  • Mengalami Jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
  • Sakit di bahagian perut atau abdomen

Komplikasi

Anemia kekurangan ferum yang ringan tidak mendatangkan masalah terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila keadaan Anemia tersebut menjadi lebih teruk.

Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yang teruk boleh mengaruh kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Praeklampsia di kalangan ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat.

Lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan selepas bersalin.

Ujian - ujian

Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan berikut perlu dijalankan :

  • Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor.
  • Ujian darah di makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras asid folik. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang kekurangan ferum dan juga asid folik.

Rawatan farmakologi

Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh doktor adalah tambahan asid folik dan ferum. Ambillah ferum tambahan 1 jam sebelum makan atau waktu di antara 2 waktu makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali sehari. Walau bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat dan lebihkan meminum cecair.

Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid folik dan juga vitamin. Rehat yang cukup adalah penting. Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh didapati di dalam banyak jenis makanan dan multivitamin tambahan. Asid folik adalah penting untuk mengelak kejadian Anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik termasuklah sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus dan juga kekacang. Pengambilan multivitamin tambahan juga adalah perlu.

Pemantauan

Pemeriksaan kandungan yang berkala akan dapat memantau paras hemoglobin anda untuk sepanjang tempoh kehamilan.

Prognosis

  • Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk anda dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan anda dan janin adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa mempastikan yang bayi di dalam kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.
  • Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan yang cukup.
  • Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang mendatang.

Pencegahan

Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah kekurangan ferum:

  • Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi mengelak dari berlakunya masalah kurang darah.
  • Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.
  • Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati.
  • Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.
  • Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik.
  • Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan.

Awak seorang Anemia...

Ya Allahh.....aku disahkan ada ANEMIA ?????


Sedey giler aku bila dpt tahu aku ada anemia....aku igtkan aku cukup sehat ...tapi rupanya....Ya Allah...kesiannya kat baby....bacaan aku kurang dari bacaan minima yg doktor bagi.....

so so sad....biler checkup today....aku termanggu kejap....berfikir kejap.....kenapa aku dpt menda tuh...then balik opis je terus aku goggle apa itu Anemia.....

Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi. Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anaemia atau tidak setelah anda disahkan hamil.

Anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi kerana bayi sentiasa mendapat bekalan zat besi yang cukup untuknya membesar tetapi sekiranya keadaan anaemia ini terlalu teruk bayi anda juga mungkin akan mengalami anemia selepas lahir.

Bagaimana untuk mengetahui yang saya menghidap Anaemia?

Ujian darah yang ringkas akan menentukan samada anda mengalami anaemia atau tidak. Sekiranya anda cuma mengalami anaemia yang ringan, anda tidak akan menunjukan sebarang simtom. Tetapi sekiranya ia dalam tahap yang teruk anda mungkin akan merasa:

  • cepat Letih
  • rasa tidak bermaya
  • pucat
  • berdebar-debar
  • sukar bernafas
  • pengsan

Risiko Untuk Mendapat Anaemia

Sesetengah wanita mempunyai lebih risiko untuk mendapat anemia. Ia kerap berlaku kepada:
  • Mereka yang mengalami masalah kurang zat makanan
  • Mereka yang mengandung kembar
  • Mereka yang mempunyai anak yang terlalu rapat
  • Merka yang sering muntah danmempunyai masalah penghadaman

Berapa banyak Zat Besi yang saya perlu makan?

Anda memerlukan sekurang kurangnya 15 mg zat besi sebelum hamil. Tetapi semasa hamil anda memerlukan dua kali ganda dos yang disarankan. Tapi hati-hati kerana ia boleh menybabkan sembelit dan muntah-muntah pada sesetengah orang. Sekiranya anda alah dengan zat besi, cubalah memakan makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi seperti:

  • Daging tanpa lemak (tapi hindarkan memakan hati kerana ia mengandungi vitamin A yang terlalu tinggi)
  • Sayuran hijau seperti bayam, kangkung atau brokol

Maksimakan penyerapan Zat Besi

Ambil perhatian tentang apa yang anda makan atau minum semasa mengambil zat besi ini. Pengambilan adalah vitamin C disarankan kerana ia mengalakan penyerapan zat besi tetapi mengambil minuman yang berkafin bersama dengan makanan yang mempunyai zat besi akan megurangkan penyerapan zat besi dalam badan anda.


itu rupanya anemia......kekurangan sel darah merah serta zat besi.....ini semua berlaku disebabkan aku tak makan sayur ker...???? atau aku tak minum susu semasa hamil???

baby....mama mintak maaf......mama tak tahu pun menda ni akan berlaku....so sad biler mama dgr jantung baby tadi....doktor cakap jantung tidak kuat berbunyi....tpi masih bernafas...takottnya mama.....sedeh sgt2 neh....ok..mama akan amek seme makanan yg boleh buat baby sehat....mama akan makan sayur....mama akan minum susu...itu seme utk baby....

next week kita ada check up lagi....mama harap bacaan darah mama ok dan lebey dari minima..

hurm....sedeh nyer.....takde mood teruss.....





Tuesday, March 22, 2011

19 weeks....my lil one..

19 weeks image..



Alhamdulillah....syukur ke hadrat Illahi.....my lil one telah menjangkau ke minggu ke-19....seminggu je lagi menuju ke 20weeks = 5 bulan.....

jom kita share perkembangan baby pada usia 19 minggu ini....

" pada minggu ke-19..baby akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruhan tubuhnya...Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya..jadi apabila bayi kita lahir kelak ..bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan...sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut..hampir 90% wanita yg mengandung akan mengalaminya..."

oic...maksudnya.....perut aku akan ada strecthmarks la yer...ermm....takperla...itu tandanya i've been pregnant..tapi skrg kan dah moden...boleh ilang n reduce kan tanda2 tuh....cuma nak dgn tak nak je buat kann.....

then here some info about 19 weeks of pregnancy...

At 19 weeks pregnant, your baby is about 11cm (4.3in) long. Her legs are longer than her arms and she can wriggle and stretch.

Your body

By 19 weeks pregnant you should have gained between about 2.7-6.3kg (6-14lb), of which only about 200g (7oz) is your baby! The rest is made up of your placenta (170g/6oz); amniotic fluid (320g/11oz); your uterus (320g/11oz) and your breasts, which have increased in weight by about 180g (6.3oz) each.

What's happening to your nipples?

At 19 weeks pregnant your areola (the dark area around the nipple) is getting larger and darker. This should return to normal eventually, but could last until your baby is one year old. Yours aren't the only nipples that are changing: your baby's are also now visible.

Did you know?

The darker your nipples are, the easier it is for your newborn baby to find them and latch on when feeding.



alhamdullilah..so far aku berada dlm kesihatan yg baik...teringgin sgt nak jumpa kawan baik aku jija tuh..........giler lama tak jumpa........

oklaa..today keje aku almost done.....cume now aku nak siapkan keje ngulor aku yg tak siap tuh...nak jenguk blog yg jual baby items...huhuhu...sgt la seronok......

occay....see in the next entri....



luv 3 of us....

Takziah...

Assalamualaikum....

arini aku mula start keje lepas cuti 3 ari plus ari senin....mcm2 telah berlaku selama 3 hari ni.....mc2 news aku dpt.....okla....aku mulakan dgn ari jumaat lepas....

jumaat lepas aku keje mcm biase..cuma balik awal dlm kul 3 lebey mcm tuh....coz nak gerak balik jb kul 4 lebey...my asben waiting me at my mom house oledi...otw back to jb tu...my asben dpt sms from his mom...pasal nenek su @ mak su dah tenat kat spital...quite shock dgr..hopefully selamat...then smpi jb pun lebey kurang dlm kul 8 lebey cenggitu....makan2 seme baru balik umah.....biler balik n mandi seme....aku dah flat giler....tahu nak tido jer.....

asben aku balik umah pun siap2 nak g spital.....nengok nenek sedara dia....aku tak dpt nak polow coz dia g spital naek moto...we ols juz waitin the news from house...tup tap tup tap....dlm kul 1 pagi lebey kurang....incik asben call Mother In Law (MIL) aku...bgtau yg nenek dah meninggal...Al fatihah...so kami pun siap2 nak balik kg..dekat jer kg asben ai...kat larkin....kg dlm bandar...:)

jenazah pun smpi dlm 3pagi ke umah kg.fyi,umah arwah juz kat depan umah jer..coz umah kat kg ni dekat2.....aku tak dpt nak ziarah biler jenazah dah smpi coz aku smbung tido biler dah smpi kg dlm kul 2....plus MIL aku pun tak kejutkan aku....maybe dia tgk aku leteh sgt kot...errmm..leteh org ngandung ni wat ramai org kesian kat aku....:)

pagi sikit baru aku ziarah...ramai org kat situ...incik asben aku tgk sgtla bz...jd aku tak kacau la...lagipun dia memang ambil berat urusan2 mcm ni...i'm proud to my hasben..alhamdulillah...jd aku pun tak kacau la...biler jenazah nak dimandikan...urusan2 lain...kami sedara mara belah mak tok ni ada agenda lain....iaitu menyiapkan makan dan minum utk org yg balik dari kubur nti...juga tetamu2 yg dtg..

mlm tu ada tahlil utk 3 hari....

for the 2nd day....ada tahlil jugak...tpi aku n MIL tak pergi..selepas ada "tragedy" mlm tuh....sgt kesian kat my asben n MIL....ada MANUSIA sanggup mencuri hasil usaha n keringat org lain..for me that to personal nak ckp kat cini.....cume apa yg aku boley ckp...aku MARAH.....and i not forgive that people....unless that MANUSIA bayar balik......

bila kat jb..xtvt aku memang full.....lagi2 klu dah tak mabuk semabuk dulu.....biler berkumpul dgn sedara mara blah jb neh...biler citer tang perut aku neh....ramai yg predict baby girl....coz dorang tgk perut ku yg lonjong katanya.....huhu...tak kesah la baby girl or boy...janji selamat semuanya....sempurna....

and talk about baby...aku jugak sgt2 terkejut biler dpt tahu yg my frendz frm myvic dah deliver babies dia on 26weeks of pregnancy....OMG...that prematureness babies...so bnyk complikasi if babies tu tak matang....i really hope n berdoa agar babies dorang tuh selamat....hepi biler dpt tahu masa dia preggy baby twins...

and after reading all those comments at wall my frendz tuh...im so so sad...baby twin tuh dilahirkan secara c-sect...and their sepasang u noe....boy n girl...and that baby boy have been passed away.....takziah utk mereka...now their baby girl is struggle to survive..yerla...baby belum matang..baru 26weeks = 6 bulan 2 minggu tetibe dah kene deliver...aku berdoa sgt yg baby girl tu selamat....naluri ibu aku tersentuh biler dgr news tuh..aku dpt rasa sgt...coz we both preggy..cuma dia awal sebulan seminggu je dari baby aku...

so mari la kita sedekahkan Al-Fatihah pada mereka yg telah kehilangan org tersayang...semoga roh mereka dicucuri rahmat.....

Alfatihah....





luv 3 of us...






Thursday, March 17, 2011

shopin n sight seeing..

assalamualaikum....

entri kali ni aku nak berkongsi cerita ....keterujaan utk menjadi seorang ibu....hohohoho...sgt la teruja....

aritu aku ada cakap kan....lepas 2nd checkup aku g shopin brg aku sket...sket tak sket la...abeslah dlm rm166 henget duit incik asben ai..tq my luvly asben...huhu....that day aku shopin suar tali...pastu baju kecik n suar kecik...coz seme dah tak selesa..biasela....seme dah membersar bagaikan juara....plus aku sambar 1 baju preggy yg agak kasual...warna peach...quite nice la...n 2 preggy t-shirt...for me that gud enough la....dun shopin to much for ur preggy shirt...coz tak lama pun pakai....better duit tu aku shopin brg2 baby yg memang satu hape pun aku takdo.....

wokey...after done my things....incik asben pun sambar 1 suar jeans...common for him la..

okey....lepas our things is done.....mata haku nih asek memandang baby punya section jek....huhuh...apalagas...aku tarik la tgn incik asben utk g baby section....senyum aje la dia nengok aku....huhu..ala yangg...stendet la ea..perangai org yg pertama kali nak jadi mak org neh....

smpi je kat situ.....aku apa lagi....nengok stroller baby ler...aku sgt obses dgn stroller neh...haihh...well...cuci mata la aku dgn rege2 nyer..strolller yg bagus memang mahal...tpi utk baby aku neh....aku nak amek stroller yg rate rm150-rm300 je....aku tak mo bajet lelebey kat stroller...and ikot plan haku..aku nak soh adik bongsu aku sponsor stroller...so leh demand ckit....keh keh keh......aku nak stroller yg 3 in 1 tuh....mean boley jadik cradle n rocker...and reversible handle n facing positions....

cth mcm neh...

Features

:

Suitable from newborn to 4 years old

Easily convert to a CRADLE and/or ROCKER

Reversible handle for forward facing or baby facing positions.

3 positions adjustable backrest for better comfort

Removable front tray with cup holder

Folding canopy with viewing window and sun visor

Big and easy access shopping basket

Easy and compact fold for easy storage


itu yg aku searching la....bukan apa....nak beli brg baby ni serupa keje kawen gak seboknyer mencari brg....dulu time keje kawen pun aku sopin time sale....itu pun makan ribu riban gak..

so kes yg sama jugak la utk beli brg baby neh.....lagipun aku nak shopin biler check list aku dah siap....so masa beli tuh...aku tau la brg hape je nak cekau...bukan maen cekau je kat kedai nti....and summore aku survey kedai brg2 baby gaks...

menda2 tu seme inshaALLAH aku beli sikit2 next months...sementara larat berjalan...so nti takde la rasa tak cukup masa nak beli brg...aku risau gak biler dah 8-9 bulan...takot tak larat nak berjalan jer.....

takper..slow2 aku siapkan list aku nti..and mintak tunjuk ajar mak aku n mak mentua utk beli brg mana yg perlu utk newborn.....lepas dah lahir dlm 2 or 3 bln tu aku tau ler nak carik brg apa....ngeeeee...

so for the time being....keje ngulor aku dlm opis neh ialah membuka website brg2 baby....hikss...

so leh aku share brg apa aku plan nak beli.....takpun klu ada yg nak sponsor.....leh la tulun....hu hu hu.....

okla.....jmpa next entri....aku nak teruskan searching aku...huhu.....daaaaaaaaaaaaaa


luv 3 of us..





Wednesday, March 16, 2011

2nd checkup wif my hubby....

haiyooo....aku ke JJ Mid valley semalam okeh......coz semalam aku cuti....smlm ada checkup utk pregnancy ke-18 aku....wahhh...so sgt keterujaan utk membeli barang baby sgtla aku terasa di dalam dada ini selepas checkup.......tpi meh aku citer hari checkup aku dulu yer...

semalam checkup dgn incik hasben...sgtla sakit amek darah...huiyoo...tahan ajer la macho ku dpn incik hasben.....lengan kanan doc aku tak dpt nak amek darahnyer....so harus la ke lengan yg sebelah lagi....alhamdulillah....dapek pun....legaa cikit....

lepas tu...aku kene timbang...pehh....sgt mencabar u olls.....dulu masa kawen berat aku 64kg jer...setelah aku diet giler babeng selama 2 bulan...maklumlah...nak dpt kuwuss...walaupun aku realiti nya aku gomok...macam si yaya cakap....."makteh gomok.."....haiyoo sgt sadis occay...takperla...dia niece aku yg sgt aktif....lgpun aku syg kat dia..nak cakap hape pun takperla yaya oii......

ok...ok...cont pada citer berat aku.....masa memula aku timbang utk 1st checkup...berat aku ting tonggggggg ..........menuju angka 70kg...fuyoooo......sgt la gemok......ni seme penangan dah mule melantak lepas 2 bulan tak boleh melantak...asek pening muntah...pening muntah....

then lepas 1st check up aritu....aku g 2nd checkup...fuyoo...my weight is gain u olls.....nak tau bape....ting tongg....74kg....pehh.....dasshhyaaaattt .....sila sebut mcm nazmi raja lawak okeh...

hohoho....tak leh wat pape la dgn berat nih..kerana selera mkn btmbh....lagi2 aku kene amek nasi..klu tak.....perut aku akan mengeluarkan angin dari mulot...perut sgt la sakit biler angin suda dtg.......

.......ok....lepas amek darah seme.....timbang seme...n lain2 menda mcm amek urin.....tibala saat utk scan baby...huk aloh....sgt la aku suke.............

dan utk sekian utk pertama kalinya incik asben berpeluang utk melihat pengerakkan baby kami ituw...huh....aku yg teruja .....huk huk huk......dpt gak incik asben teman aku wat checkup...n dpt tgk baby dlm scan....comel jer biler baby gerak2 kan tangannya..rasa mcm nak nangess jer...after scanning done..everything going smooth doctor ckp..normal....alhamdulillah....

aku saje tgk muke incik asben.....nak tgk rupe dia biler dia dpt tgk muke baby.....huh....senyum kambing jer..cover macho betol..ntah2 dlm hati gumbira dpt tgk anak dia..or siap lompat2.....

then talk about gender nya??huhu....kita rahsia dulu yek.....next month kita citer pasal gender nye....laki atau pompuan....huhu....


after checkup...aku balik mkn....pening sikit lepas amek darah......aku nak kene kumpul tenaga coz lps checkup aku nak shoping moping brg aku cikit.....so haruss mkn.....


okla.....jmpa nextt entri yer.......kita citer pasal shoping moping aku yg ala2 gitue....daaaaaaaa







luv 3 of us....


best dpt tgk baby.....haihhh....syahdunyer....






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...