Tuesday, May 31, 2011

my lil 28 & 29 weeks

Assalamualaikum.....

waaahh....sangat la bz hingga lupe nak update progress baby ......

ok lets share together the progress...

Minggu ke 28....

" bermakna kita hanya mempunyai 3 bulan sebelum saat kelahiran yg ditunggu tunggu tiba....puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa....kekok dan agak janggal sepanjang bulan bulan terakhir ini...bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan...selain itu juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati,senak dan kadang kadang kejang pada bahagian betis...jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengann kontraksi...ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebaliknya dipanggil iBraxton Hiksi..sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara perkara buruk atau negetif..banyakkan membaca majalah atau menonton rancangan tv yg berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita..."


Minggu ke 29....

" postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan..pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah...namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit..kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna...."


alhamdulillah...semakin hari semakin tak sabar rasanya nak menanti saat kelahiran......rasa takot takde sangat....tapi perasaan tak sabar nak bersalin ada plaks....huhu.....

next entri citer pasal scan 3d4d eaaaaaaaaaa.........lastly we know the gender.....:)

luv 3 of us......

Wednesday, May 25, 2011

happy..happy....:)

Alhamdulillah....semalam ada chekup utk my liltle star neh.....baby sangat sehat n jantungnya berdegup dgn kencangnya...n plus papa baby dah balik dari convoy dia.....n balik kl jumpa kita la baby....so hepi....hilang suda rasa marah2 mama......heeeehe......

actually aku tak tau pun incik asben balik kl senin tuh.....cume curious tu adalah cikit....coz call n msg tak reply on that sunday pastu senin tu pun senyap jer.....igtkan balik jb suda....rupenyer balik kl dulu jumpa anak isteri....hehhe....syukur alhamdulillah...igt kat kitaorg lagi yer .....;p

balik2 umah jer kat parking dah nmpk motot besau dia tuh....dlm hati berkata2...huh....nak seperise kan aku ker.....tpi aku dah agak yg dia ada kat umah....coz masa balik keje ptg senin tuh aku sms mak mentua aku kat jb sanun......tanya kan klu anak bongsunya dah balik ka belum....then the answer is...."semalam dia cakap dia balik kl"....uikss...aku terkezut....semalam???ntah2 arini kot baru dia otw ke kl.....mlm ahad tu mesti dia penat punyer n mesti tido melaka.....then tekaan aku amat tepat.......heheh

balik2 je dia tgh tido......kesian n sayu jer hati aku tgk dia.......hilang tros amarah aku.....haihh..

pastu terus sembang dgn mak kejap.....then mak bgtau dia smpi umah dlm kul 4pm......n mak bgtau lagi....."rasanya khairil demam la teh".....dgr dia batok n selesema....then dlm hatiku berkata...hah....itulah dia hadiah dari convoy......nak wat camner...saba jer la.....

so aku pun masuk la ke bilik....rasa leher n badan dia...a'ahla...panasss....kesian nyer laki aku neh.....so aku pun kejut dia......coz dah nak senja.....

so biler dia bersuara...memang dgr suara serak dia tuh....n muke nya....makkk aii....gelap kene panassss.....nasib baek ensem lagi......hu hu hu...;p
aku pun pujuk la ajak g kinik lepas maghrib....tpi as usual....dia tak nok....tpi alhamdulillah...panas dia kebah......maybe sebab aku peluk dia kot...hehe....biaselah....aku ni kan penyerap haba....maklumlah....anak n mak nyer peluk baekk punyer.........then the next day nyer temperature badan dia kembali normal.....alhamdullilah.....

so today my asben dah pulang ke tanah jajahannyer......tpi takper...dis saturday jumpa lagi.....coz ada appt.....

ekk....dah nak kul 12 lerrr...patotla laporrr.....nak kene g tapau neh.....okla....out dulu ......daaaaaaaaaaaa




luv 3 of us.....luv baby

Friday, May 20, 2011

Breast Pump....

today aku cari info mengenai pam susu bayi...kemudahan utk aku breastfeed baby nanti.....info dari member2 pun aku amek n compare....so far brand memang banyak.....mampu dgn tak mampu jer la......

the best choice utk breastfeeding baby neh aku tgk ialah brand Spectra3...aku looking yg electric punya.....cepat dan mudah.....spectra so far yg murah la nak compare dgn brand Ameda or Medela....or freestyle punya...murah2 pun Spectra tu makan rm400-500 gak ler.....tpi bagi aku....itu bajet yg aku mampu la.....tpi member aku yg dok kat melaka tuh...ckp kat kedai dia beli spectra3 tu rege dia dlm rm338....tpi aku rasa yg rm338 tu mesti juz pump je kot...not consist item2 lain seperti di bawah...

klu nak tgk ghupe breastpump pilihan aku tuh camner...ni ghupenyer.....yg set punyer..

RM 488.00

Spectra 3 AmazingMom Backpack Set Consists Of :
  • 1 x Spectra 3 Breast Pump
  • 2 x Spectra Breastshield Set (For dual pumping)
  • 1 x AmazingMom Backpack
  • 1 x AmazingMom Sling Cooler Bag
  • 6 x Bumble Bee Breast Milk Storage Bottles
  • 3 x Advance Korea Super Durable Ice Pack
  • 1 x Spectra Breastmilk Storage Bottle
itu yg termasuk dlm set dia la.....aku pun dah register jadi member.......apa2 pun aku still searching lagi....manatau ada rege yg fantastic murah...utk brg yg sama ker...huhu...;p

lepas dah beli pam2 tu nanti....aku nak kene cari bottle utk isi susu yg dah diperah....so far bottle yg aku nak ialah mcm dbwh nih....

RM 7.20 (pack of 2)

Set includes:
* 2 x 5oz PP Breastmilk Storage Bottles
* 2 screw rings
* 2 sealing discs



klu juz nak pump jer......aku boleh beli yg ni gaks...
*
*
*
RM 338.00

ok....enough for breastfeeding punyer info......next item is sterilizer...

.......luv my baby......

Thursday, May 19, 2011

Pergorbanan seorang isteri

Sanggup berpindah dari naungan keluarga sendiri dan kemudiannya menyerahkan jiwa dan raganya kepada seorang lelaki ‘asing’, bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun lelaki itu telah dikenalnya tapi si lelaki tetap masih orang asing dalam kehidupannya.
Kini dia menyerahkan maruah dan kehormatannya kepada lelaki itu yang mungkin akan menjadi satu-satunya teman hidupnya sampai bila-bila. Ini dikira satu pengorbanan. Mungkin boleh dikatakan, inilah pengorbanan pertama yang dilakukan oleh seorang wanita bila bergelar isteri. Kehidupan seorang isteri dalam bahtera rumah tangga selepas itu menemukan dia pada banyak saat dan ketika di mana dia melakukan pengorbanan demi pengorbanan. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, pengorbanan pasti ada dalam kamus hidup seorang isteri.
Waktu merelakan dirinya diambil sebagai isteri, dia telah menggadai diri dan kebebasannya untuk hidup bersama suami. Tidak ada lagi kehidupan yang agak merdeka di bawah kawalan ibu bapa. Tidak lagi bebas mengisi masa bersama teman-teman. Atau memenuhi pelbagai aktiviti dan mengejar cita-cita peribadi. Semua itu tidak dapat dikecapi lagi. Dia kini sudah terikat dengan tanggungjawab kepada suami. Kemudian isteri akan menempuh kehidupan bersama suami tidak kira bagaimana pun bentuk kehidupan itu. Liku dan ranjau di hadapan belum diketahui. Kalaupun lebih susah dari sebelumnya, isteri selalunya sanggup berkorban dan
bersusah-susah demi meneruskan hidup bersama suami. Ada isteri yang menyimpan rahsia kesusahan hidupnya dari pengetahuan keluarga. Demi menjaga maruah suami,
seboleh mungkin dia akan cuba menutup kesusahan hidupnya bersama suami. Dia tidak mahu kaum keluarganya memandang rendah pada suaminya. Lebih-lebih lagi kalau kaum keluarga si isteri lebih berdarjat dari suami. Menjaga rahsia rumah tangga dan ‘aib’ suami menjadi perjuangan dalam hidupnya. Hingga dia sanggup berkorban kerananya.
Kalaupun kehidupannya selepas berkahwin diliputi kesenangan, pasti ada waktu-waktunya isteri perlu dan harus berkorban. Si isteri sendiri mungkin tidak merasakannya sebagai satu pengorbanan kerana dia gembira melakukannya demi suami. Contoh paling mudah, isteri selalunya akan mendahulukan suami dan anak-anak lebih dari dirinya. Apa
yang suami dan anak-anak teringin hendak makan misalnya, dia sanggup sediakan. Tidak mengapa kalau masakan itu bukan kegemarannya sendiri. Citarasa suami lebih penting dari citarasanya sendiri. Isteri juga selalunya mendahulukan ibu bapa dan keluarga suami. Kerana baginya, memuliakan keluarga suami sama seperti memuliakan suami juga.
Kehidupan seharian dalam sesebuah rumah tangga menyerlahkan banyak pengorbanan isteri. Bersengkang mata hingga jauh malam untuk membereskan urusan rumah mungkin tidak dirasakan satu pengorbanan oleh seorang isteri. Begitu juga bangkit awal pagi untuk menyediakan juadah sarapan. Kerja-kerja itu sudah dianggap ‘alah bisa tegal
biasa’. Sudah menjadi kerja rutin yang setiap hari dibuat. Tetapi semua itu menuntut masa dan tenaga. Bermakna, isteri harus korbankan masa dan kerehatannya. Mungkin juga kesihatan. Semuanya untuk memastikan rumah yang dihuni bersama suami dalam keadaan terurus. Nyaman selesa dan membuatkan suami bahagia. Menjelang bergelar ibu, seorang isteri akan melalui ujian dan cabaran tersendiri. Namun, rasa bahagia mengandungkan
anak hasil perkongsian hidup dengan suami membuatkan dia lupa penanggungannya sewaktu sarat mengandung. Memang kadang-kadang rasa agak tidak selesa dengan perut yang membesar. Suami yang memandang pun rasa ‘rimas’ melihat pergerakan isteri yang terbatas, inikan pula isteri yang menanggungnya. Namun, rasa tidak selesa itu hilang bila timbul bayangan cahaya mata yang bakal ditimang. Isteri sanggup melalui detik ujian dan cabaran sewaktu mengandung demi kasih pada suami dan anak dalam kandungan. Dalam keadaan sarat mengandung, isteri masih aktif di rumah. Membawa perut yang memboyot, dia masih sanggup
turun ke dapur, membasuhkan pakaian suami, menjemur kain baju, basuh pinggan mangkuk, mengelap lantai, membersihkan habuk dan bermacam lagi.
Banyak kerja yang dilakukan oleh isteri ini adalah hakikatnya untuk membantu suami membereskan urusan rumah tangga. Kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab bersama itu dibuat oleh isteri demi memberi khidmat bakti kepada suami.
Tidak ada isteri yang merungut kenapa dia harus menanggung sakit bersalin dan berpantang lepas bersalin. Sebaliknya isteri boleh senyum selepas mengalami kesakitan yang tak tertanggung sewaktu bersalin. Selepas berhempas-pulas bersabung nyawa di meja bersalin, beberapa minit kemudian dia boleh melemparkan senyum puas bila menatap wajah
suami dan wajah anak yang masih merah. Bukan cerita sakit bersalin yang diluahkan pada suami, tapi cerita gembira menimang cahaya mata. Walaupun isteri tahu sakitnya bersalin, tapi setiap kali mengandungkan anak suami, si isteri tidak pernah meluahkan
rasa takut dan ngeri untuk bersalin lagi. Kalau ada suami yang pernah menemani isteri di meja bersalin dan melihat penanggungan isterinya sewaktu meneran anak, dia akan tahu beratnya sakit yang ditanggung waktu itu. Memang isteri terpaksa berhempas-pulas. Mungkin suami tidak akan sanggup melihat isteri menanggung sakit seperti itu lagi, tapi si
isteri tetap bersedia mengharungi kesakitan yang sama. Demi kegembiraan bersama memperolehi cahaya mata, soal sakit dilupa-lupakannya. Pengorbanan isteri ini, jika
difahami oleh suami, pasti akan sangat dihargai. Melihat wajah anak-anak, terbayang keperitan yang dialami isteri waktu mengandung dan melahirkannya dulu.
Selepas melahirkan anak, isteri harus berkorban pula membesarkan si kecil. Menyusukannya tidak kira waktu, membersihkan najisnya, memandikannya, menyuapnya ketika sudah boleh makan, menadah telinga mendengar tangisannya bila si kecil meragam… Kemudian memenuhi tanggungjawab mendidiknya dan berdepan dengan segala kerenahnya. Belum pun anak itu cukup besar, isteri mengandung lagi dan melahirkan si adik pula.
Terpaksa pula memberi perhatian dan jagaan pada si bayi di samping meneruskan proses jagaan dan didikan kepada si abang atau si kakak. Sebahagian besar keperluan anak-anak ini, isterilah yang membereskannya. Isteri benar-benar menjadi tangan kanan suami untuk memelihara dan mendidik setiap orang anak yang lahir dari zuriat suami. Semakin bertambah anak, semakin bertambah pula tanggungjawab isteri. Semakin banyak kerja perlu dibuat. Namun
isteri masih orang yang sama, dengan kudrat fizikal dan kemampuan yang dulu. Di samping harus meneruskan layanan kepada suami dan kerja-kerja pengurusan rumah tangga yang sentiasa ada dan bertambah. Jarang sekali ada isteri menuntut bayaran dari suami bagi kerja-kerja ‘lebih masa’ yang dibuatnya. Lebihlebih lagi untuk menuntut gaji. Kalau suami faham dan tahu menghargainya, alhamdulillah. Kalau suami mahu samasama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Kalau suami sekali-sekala mahu memberi penghargaan dalam bentuk
material atau hadiah, itu dikira sudah cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya. Namun, kalaupun suami tidak faham, tidak prihatin dan tidak mahu menunjukkan penghargaan serta pengiktirafan, isteri
akan tetap melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga.
Lebih berat tanggungjawab dan penanggungan isteri bila dia juga keluar bekerja. Di luar rumah, dia berkorban tenaga membantu suami mencukupkan sara hidup keluarga. Di rumah, dia meneruskan ‘kerjaya’ sebagai isteri, ibu dan suri rumah. Kalau tiada pembantu rumah, dia akan berdepan dengan lebih banyak kerja untuk dibereskan. Balik ke rumah, dia sanggup korbankan masa rehatnya untuk menyambung kerja yang tertangguh. Layan suami, layan anakanak, sediakan makan minum, basuh pakaian, berkemas rumah, seterika baju dan banyak lagi.
Paling ketara bila isteri pulang kerja bersama suami. Balik ke rumah, isteri selalunya bersedia untuk ‘layan diri’ bagi apa-apa keperluannya sendiri. Namun untuk suami, dia sanggup beri layanan istimewa. Kalau suami dilihat kepenatan, isteri sanggup melupakan kepenatannya sendiri untuk memenuhi keperluan suami. Paling tidak, terus ke dapur untuk menghidang air pelepas dahaga suami. Mengorbankan kerehatannya sendiri demi mendahulukan
keperluan dan keselesaan suami. Memang ada isteri yang merungut. Memang ada isteri yang membebel dan mengungkit. Memang ada isteri yang meluahkan rasa sakit hati bila melihat suami rehat-rehat ketika si isteri sibuk melakukan ops dapur, ops bilik air, ops bilik
tidur, ops halaman dan pelbagai ‘ops’ lagi. Sebab bukan semua suami yang mahu berkongsi melakukan kerja-kerja di rumah. Bukan semua suami bersikap ‘sporting’ dan tahu menghargai susah payah isteri. Tetapi dalam merungut dan membebel itu pun, segala kerja tetap dibuatnya. Suami hanya perlu sabar sedikit sambil menadah telinga mendengar bebelan isteri. Dalam waktu yang sama, kalau suami hendak makan, ada juadah tersedia.
Hendak pakai baju, pakaian siap berbasuh. Hendak bermain-main dengan anak kecil, kencing berak anak sudah dicuci. Kalaupun ada isteri yang menjeruk rasa kerana suami semacam tidak hargai segala khidmat baktinya, namun jarang ada isteri yang sanggup ‘mogok’ dari tugas sebagai isteri, ibu dan suri rumah. Dia mengharap sedikit tanda berterima kasih dari suami tetapi tidak sanggup meluahkannya dengan kata-kata. Hanya
gerak-geri atau ‘bahasa badannya’ saja yang berbicara. Kalau suami faham, fahamlah. Jika tidak, isteri selalunya akan hanya memendam perasaan. Hatinya mengharap dan meminta tanpa kata-kata. Atau dia akan meluahkan rasa di atas kertas. Bila suami dilihat langsung tidak menghargai, waktu itu mungkin coretan di kertas mengganti lidah berbicara.
Berat macam mana pun kerja yang dibuatnya, isteri akan rasa puas dapat melakukannya. Dia buat kerja dengan rasa gembira. Tugas dan kerja yang nampak berat bagi suami dapat dibereskan oleh isteri dengan agak mudah dan ringan. Walaupun tika usia telah senja dan si isteri telah menjadi nenek, dia masih isteri yang dulu. Isteri yang akan sentiasa
mengutamakan dan melebihkan suami. Ini satu kelebihan wanita. Allah jadikan fitrahnya dari segi fizikal dan kehalusan perasaan, mampu menanggung segala macam tugas dan tanggungjawab dalam rumah tangga. Lebih-lebih lagi kalau isteri dapat rasakan apa yang dibuatnya itu akan membahagiakan suami dan mengganjarkan pahala dari Allah. Di situ dia mendapat motivasi dan lebih bersemangat untuk buat bermacam-macam kerja.
Suami yang faham akan menambah motivasi untuk isteri melalui ucapan terima kasih, kata-kata pujian, belaian, kasih sayang, sikap prihatin, turut membantu dan sekali-sekala memberinya hadiah. Segala penat, segala lelah dan segala penanggungan akan hilang bila semua itu suami hargai. Rasanya tidak mungkin untuk menyenaraikan satu persatu susah payah dan pengorbanan isteri. Bentuk-bentuk pengorbanan pun tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Tetapi cukuplah dikatakan bahawa sebagai suri dalam rumah tangga, isteri umumnya menanggung (suffer) banyak perkara. Isteri sanggup berkorban kerana dia rela
mengutamakan, mendahulukan dan melebihkan suami berbanding dirinya.


Note : terharu dan sebak membacanya......moga mejadi iktibar utk lelaki yg bergelar SUAMI....

Yang Terindah

Yang Terindah

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Note : perkataan" kau & dirimu " adalah merujuk kpd anakku...my baby...TQ

....dear my baby....it's all about u dear....
....sejak kehadiran kamu dalam hidup mama.....
mama akan terus kuat.......kuat dan kuat...luv u baby....



geram ! marah ! kecewa ! sedih..itu aku .....

oh my blog...@ my diary....

mode : sedih....kecewa...

Sehari sudah berlalu.....hurmmm.....
kenapakah EGO tu sangat tinggi??? kesian ibu mengandung neh....takde pun org nak beralah dengan dia...balik2 ibu mengandung ni jugak yg salah.......haihh.....apa la nasib badan.....

dah la ibu mengandung ni banyak berkorban.....tpi pergorbanan ni macam tak dihargai......org lain lebih penting.....perkara2 lain jugak lebih penting....dan yang paling menyakitkan......dia tak perlu faham n memahami keadaan yang berlaku.....dan dia mahukan org lain yg perlu faham dan perlu mengerti situasi dia.....susahkah untuk berlaku adil.............

aku tak melarang............tapi.....cara dia tu salah.......tak berlaku adil.........biler dia dlm keadaan mcm tu...dia mahu org lain yg paham keadaan dia.....kene tolak ansur dgn dia.......biler aku mengungkit.......dia kata aku yg mulakan dulu.......

awak kene igt...awak tu dah ada isteri.....anak dalam perot neh...
apa2 pun kene pentingkan keluarga dahulu dari menda n perkara lain.....
bukan dia tak penah pentingkan kami.....aku tahu dia sygkan kami......tapi.....
aku cuma mahukan kerjasama yang adil jer....
susah ke nak bagitahu...

dengan keadaan aku mcm skrg nih.....aku mahukan diberi lebih perhatian...
itu ajer...yg penting jaga hati aku.....
aku tak mahu sedey-sedey.....
nanti efek kat perkembangan otak baby.....
klu baby ikot perangai aku....hah nanti jgn nak salahkan aku plak....

kesian kat baby...dia jer asek kene cengeng aku neh...
........klu aku nanges...dia yg terpaksa menerima efeknya....
mama mintak maaf yer syg.....nti awak dah kuar....
awak temankan mama yer...........
........org lain tak mo teman mama pun takper.....
janji awak ada dgn mama.....

mama syg awak my little baby.....love u so much.....
mama mintak maaf bnyk2 sebab libatkan awak dlm emosi mama nih....


luv my baby......






Wednesday, May 18, 2011

my lil 27 weeks

what to say ea dlm entri kali neh....hurmmm....mcm bosan jer..mood takde.....

takpela...kita citer pasal baby jer la.....nak citer pasal menda lain menyakitkan hati....so better tak payah citer la yer...........

lately my baby so active....mama like it very much....mean that u r ok inside mama womb....syukur alhamdullilah.....cume mama still tak tau ur gender la syg....so not so much baju yg mama dpt beli lagi.....coz worried dgn colour code.....tpi inshaallah hujung bulan ni kita shoping ea.....coz u already 7 months ++.....plus mama risau mama tak larat nak shoping...kaki cepat saakit....nasib tak bengkak.....

this 28th may kita ada appt dgn vision college utk wat scan 3d4d....tak sabar mama nak tgk rupe awak dlm bentuk 4d.....apa yg awak tgh buat dlm tuh...tido ker..maen bola ker....tgh karok ker....hehehe....mama love u so much syg.......biler mama sedih...mama ada awak........apa2 yg mama wat skrg....awak la keutamaan mama my little baby.....


bercakap mengenai rezeki plak...betul la mengenai anak yg membawa rezeki......dlm pada masa mama pregnantkan awak nih...mama dapat offer interview keje......tpi mama tak boleh amek mcm tuh jer....mama explain kat dorang yg mama tgh preggy kan awak.....so mama akan bercuti selama 2 bulan...adakah mereka sanggup menerimanya???? mama bersedia keje pun bulan 11....tpi mcm syg jer nak start ujung tahun kan...macam nak start bulan jan 2012 jer..senang kire.......tpi seme yg call tu ckp dorang akan keep in view mama nyer file when mama explain situasi mama.....klu ada tuh adala.....klu takde pun takper....mama berasa yakin yg mama boleh dpt keje lepas bersalin awak nti......niat mama satu.....nak tunaikan tanggungjawab mama sebagai seorang isteri n ibu yg baek........lagipun tempat isteri kan di tmpt suami.......inshaallah niat yg baek akan diberkati oleh NYA.....

okla....berbalik pada progress syg mama neh.....awak dah cukup sifat sebenarnya sayang.......dah besar pun...1kg ++ suda...

jom mama kongsikan progress awak pada minggu ke 27 neh...

"...........bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya,air yg ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing...tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk....Ia sudah boleh bertindak balas kepada rasa manis,masam dana pahit..kalenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu...sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat daripada kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.."

so far mama tak pakai pakaian yg ketat.....sebab apa...mama pun akan berasa lemass sgt....skrg ni pun beli baju yg murah2 jer...yg size besar....tpi bnyk yg lengan pendek punya la......coz mama selalu padankan dengan cardigan.....

bab makan plak.....so far mama dpt makan apa yg mama idamkan....alhamdulillah....awak tak mintak yg pelik2.....dats y mama luv u so much.....coz mama boleh cari sendiri tanpa mengharapkan org lain....dan mama bertuah sebab ada opah awak syg.......opah yg bnyk bantu mama dari segi bab makan.....opah sanggup buat apa yg mama minta....opah yg bnyk wat keje umah dari mama....tu pasal berat mama bertambah tiap2 bulan...mama hanya dpt bantu sikit2 jer...beruntung kan mama.....dpt emak yg baik mcm tuh..aritu mama sakit....opah yg urut kan mama...yerlah...nak harapkan sape lagi......tpi biler mengenangkan yg mama akan berpindah.....mama sbnrnya agak berat hati....oppssss..dah dah...mama tak bole la nak citer panjang syg....air mata tetibe jer nak berair..haih.....so emosional mama skrg......

oklaa.....mama nak cont keje dulu...........next entri kita citer lagi yer........its all about u sayang....

no matter how....mama much more love u......more than others.....

luv my baby....








Friday, May 6, 2011

~100 days to go~

Alhamdulillah...diam tak diam....lagi 100 hari je lagi nak bersalin.....huhu..tak sabar ai u olls.....

today task force dah settle.....now cont utk tender plaks...hadoi...wikend ni kene dtg opis....tpi dtg ptg cikit la yer...coz tgh hari tu ada wedding yg kene attend....tak jauh pun...kat ampang gaks....bukan apa....member baek kawen ....so kene dtg...coz aritu wedding ai dia dtg u olls.....

then dis wikend pulak hari ibu....haii.....kene sambut malam la nampaknyer.....nasib incik asben balik dis wikend....tpi cian la kat dia....tak dpt nak spend time dgn wifey nyer nih......coz kene dtg opis wat keje......haihh....nasib badan.....

arini plak.....perut aku neh gatal2 sgtt.....sedap betul menggaru....tpi menggaru atas baju yg aku pakai ni la.....klu garu terus ke perut mau calar balor perut aku...stretch mark pun dah bnyk kat perut aku neh.....nmpknyer baby membesar bagaikan juare....yeayy......ahad nih my baby masuk 26 weeks...then next week friday ada scan.....huh tak sabonyer nak tau gender baby....itupun klu nmpk la.....klu tak nmpk nak kene tgu scan kat vision college nyer appt la nmpknyer.......tpi appt tu lmbt lagi...28hb neh.....

bukan apa..klu dah leh nmpk gendernyer...urusan beli belah semakin senang.....pastu leh tumpukan plak urusan rumah.....

ohh...lupe plak nak bgtau nak citer........lepas bersalin nih...ai dah tak dok asing2 lagi dgn incik asben...coz ai akan berpindah ke Jb.....bukan apa...biler dah ada baby neh...susah la nak dok asing2.....cukup2la dgn masa skrg kami dok asing2......kesian tgk incik asben travel jauh2.....jb-kl-jb...makin kurus dia.....huhu...tu yg klu boleh nak settlekan siap2 urusan baby...then boleh uruskan urusan umah sambil2 belum bersalin neh......

okla...time to cont work...tdi amat buhsan mengadap kertas keje...tu yg tetibe nak hapdet blog...

c u in the next entri...........daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



luv 3 of us...

Wednesday, May 4, 2011

~ Mommy to be classes ~

Antenantal Class

1) Hospital Serdang
Jalan Puchong
43000 Kajang
Hubungi Unit Pendidikan Kesihatan
+603 – 8947 5555
Kelas Antenatal (Ibu Mengandung)
Isnin & Khamis
10.00pagi – 11.00pagi
http://hserdang.moh.gov.my/


Breastfeeding Preparation Class

Summary

Breastfeeding Preparation Class - June

Beginning DateTime

Beginning Time : 12 Jun 2011 (Sun) 09:30 (GMT+08:00)

Finishing DateTime

Finishing Time : 12 Jun 2011 (Sun) 12:30 (GMT+08:00)

Location

Locations : Moms Little Ones, Petaling Jaya

Contact

Contact : 03-8925 4614 / 03-7960 4803

Description

This class is suitable for Expecting Parents. Both mother and father to-be are the most important person to decide on an infant feeding choice. Join this class and make an informed decision!

In this class we will address below topics:
- Infant Feeding and Cultural Expectations
- How Were We Fed?
- Our Babies
- Breastfeeding Basics
- Breastfeeding Myth You May Hear
- How to Find Breastfeeding Help and Why You May Need it?

Description : You will also gain some information through watching breastfeeding video in this class!

The 3 hours class cost you only RM110.00 per couple.

Participants will be taking home some FREE goodies too!
- An eco shopping bag worth RM 5
- Panduan Penyusuan Susu Ibu booklet worth RM10
- Breastfeeding Articles
- Susuibu.com -- Parents' Info Kit (Special Folder complete with Breastfeeding Articles & handouts - we encourage parents to treat it like a manual/scrapbook which you may add on more info & serves as your reference throughout your parenting journey!)
worth RM 30


Tuesday, May 3, 2011

my lil 25 weeks...

....25weeks of pregnancy....


Alhamdulillah....welcome 25weeks of pregnancy.....


Sorry lmbt update...biasela .....cuti panjang...so blog pun cuti ler.....huhuh...;p

This week by lil baby in my womb sudah 25minggu...means towards to 7 months in a few weeks...

Let's share the progress.....

".........fenomena yang berlaku semasa minggu ke 25 & 26 ialah badan akan merasa panas....sentiasa berpeluh...bagi menghilangkan rasa panas tersebut..minumlah bnyk air...untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin...basahkanlah tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka,leher,dada,peha,dan perut...pakailah pakaian yg longgar untuk keselesaan...pada minggu ini size bayi kita sudah mencapai 33cm....."




luv 3 0f us....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...