Monday, April 25, 2011

Alahan semasa hamil

ALAHAN KETIKA HAMIL


Kehamilan bukanlah satu penyakit. Sekiranya seseorang wanita itu memahami bagaimana perubahan dalam dirinya berlaku, maka dia akan berjaya melalui masa selama lebih kurang sembilan itu dengan lebih tenang dan gembira. Walau bagaimanapun, kehamilan boleh menyebabkan beberapa jenis penyakit yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa sekiranya kehamilan itu tidak diberi perhatian. Sekiranya alahan kita serius sila dapat rawatan doktor.

contohnya muntah yg berterusan dan teruk ... akan menyebabkan badan kehilangan air yg banyak..doktor akan memasukkan air jika perlu.
Tetapi hanya sebilangan kecil sahaja wanita yang akan mengalami keadaan ini. Setelah diberi rawatan dan jagaan yang rapi, keadaannya dapat dikawal. Kebanyakan wanita pula, akan mengalami beberapa masalah kecil sepanjang masa kehamilannya. Masalah ini akan hilang dengan sendiri sekiranya diberi sedikit rawatan. Bagi wanita yang lebih bernasib baik, dia tidak akan gembira dan tenang menunggu kelahiran anaknya.
contoh alahan.

1. Muntah-Muntah Dan Loya Di peringkat awal kehamilan, kebanyakan wanita mengalami loya dan muntah-muntah yang biasanya berlangsung selama tiga bulan.Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah wanita tersebut. Hormon in, estrogen dan progesterone, dikeluarkan oleh jasad yang dikandungnya. Rasa loya yang teruk hingga menyebabkan muntah, lazimnya dialami di waktu pagi. Ini mungkin disertai oleh sakit dan pening kepala. Tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini tetapi ia merupakan tanda awal bagi kehamilan, selain daripada kelambatan atau ketiadaan haid di waktu yang dijangkakan. Buah dada juga akan membesar sedikit dan disertai oleh rasa sengal dan sakit. Masalah muntah ini boleh menjadi sangat teruk menyebabkan wanita yang hamil itu tidak lalu minum dan makan. Ini menyebabkan kehilangan air dan logam yang amat banyak dari tubuh, yang membahayakan kesihatan dan mengancam kehamilannya. Sekiranya keadaan ini berlaku, wanita itu perlulah di masukkan ke hospital supaya dapat diberi rawatan dengan air yang mengandungi logam menerusi saluran darah. Muntah-muntah dan loya adalah satu gejala yang sementara sahaja. Pada kebiasaannya ia reda apabila kehamilan meningkat ke umur empat bulan walaupun terdapat juga sebilangan kecil wanita yang mengalami gejala ini terus-menerus hingga melahirkan anak. Loya dan muntah boleh menimbulkan beberapa masalah khususnya yang serba tak kena, tidak selesa dan tidak bermaya untuk menjalankan tugasnya. Saya ingin menasihatkan mereka yang mengalami keadaan itu supaya jangan memakan sebarang ubat tanpa nasihat doktor, kerana sesetengah ubat ini boleh membahayakan janin dalam kandungannya. Ketika keadaan muntah-muntah ini dialami, keinginan terhadap makanan biasanya berkurangan. Sebaliknya dia lebih gemarkan makanan yang aneh seperti makanan yang masam. Kita biasanya menyebut sebagai mengidam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kandungan hormon yang tinggi ketika hamil. Wanita yang mengidam ini selalunya inginkan sesuatu jenis makanan itu dengan segera. Orang-orang tua berpendapat jika suaminya tidak boleh menyempurnakan hajat isterinya yang mengidam itu, anak yang dilahirkan itu nanti cacat. Perkara ini tidak ada asas di segi ilmu perubatan atau sains dan saya sendiri berpendapat cerita seperti ini adalah tidak benar.Antara ubat yang diberikan oleh doktor untuk mengatasi masalah in ialah stemetil, avomine, pyridoxine. Biasanya ubat-ubat tersebut tidak menimbulkan sebarang gejala terhadap bayi yang dikandungnya.

2. Kulit Perut Pecah Perut yang semakin membesar ketika hamil mengakibatkan kulitnya tegang dan pecah-pecah berjalur. Ini dikenali sebagai stretch marks. Sesetengah wanita mengalami masalah ini dengan teruknya kerana bekas stretch marks menjadi sangat nyata dan lebih buruk apabila kehamilan meningkat umurnya. Keadaan ini sukar dielakkan. Calar-calar pada kulit perut ini disebabkan oleh dua faktor. Pertama, kandungan hormon kehamilan menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah dan keduanya pertumbuhan dan pembesaran rahim merenggangkan tisu di bawah kulit serta menyebabkan keadaan kulit perut pecah dan ini menimbulkan satu keadaan yang tidak menyenangkan. Strecth marks pada perut ini boleh juga dielakkan dengan menyapu minyak zaitun dua tiga kali sehari dari mula hingga ke akhir kehamilan. Usaha ini tidak dijamin boleh mengelakkannya seratus peratus kulit tidak tercalar. Selepas kelahiran bekas stretch marks ini menjadi kurang sedikit tetapi parutnya kekal menandakan seseorang wanita itu pernah hamil dan melahirkan anak. bagi mengataasi masalah ini saya gunakan cocoa butter yg boleh diperolehi di farmasi seluruh negara. amalkan menyapu cream ini setiap kali selepas mandi di seluruh kawasan perut terutama bahagian ari ari. kalau boleh sapu semasa usia kandungan masih kecil supaya rekahan dapat dielakkan. dan elakan dr menggaru perut. kerana perut selalu rasa gatal. ini akan menyebabkan kesan strech akan kekal.

3. Bisa Hati /pedih ulu hati Seringkali juga wanita yang hamil mengalami bias hati atau gastric. Ini disebabkan oleh timbunan gastric acid dalam perutnya. Perjalanan tali usus menjadi lebih lembap ketika hamil. Rahim yang kian membesar menekan pada perut menyebabkan asid perut bertakung. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan atau kepedihan pada bahagian hulu hati. Masalah ini mudah diatasi dengan meminum lebih susu dan menentukan perutnya tidak kosong dengan memakan makanan berdikit-dikit tetapi kerapkali. Jika masalah ini menjadi lebih teruk, rawatan yang khusus boleh diberikan dengan memberi ubat yang mengandungi Antacid seperti gelusil actal atau magnesium trisillicate.
masalah ini nampak kecil..tapi bila dia datng .. fuhh memang sakit betul... seperti luka yg diperah asam limau. memang saya bergantung pada ubat klinik dari usia kandungan 6 bulan hingga sekarang. makan sikit pun tidak memberi kesan....

4. Urat Kaki Timbul Masalah urat kaki timbul pada kaki ketika hamil lebih kerap terjadi di kalangan wanita yang sudah berulang kali hamil. Keadaan ini disebabkan oleh dua factor iaitu pertama kandungan hormon kehamilan yang meningkat menyebabkan salurand arah membesar sedikit dan perjalanan darah menjadi kurang pesat. Faktor keduanya, rahim yang membesar menekan pada saluran darah khususnya aliran darah dari bahagian kaki menuju ke jantung menyebabkan perjalanan darah tersekat dan alirannya menjadi lambat. Masalah ini boleh mengganggu jika urat timbul dengan banyaknya dan sangat nyata. Kadangkala pembekuan darah boleh berlaku dalam varicose veins dan ini adalah membahayakan kesihatan. Untuk mengatasinya sesetengah wanita memakai elastic stocking, dan jika ia terlalu teruk wanita itu dinasihatkan memakai crepe bandage yang dililitkan di kedua belah kakinya. Wanita yang selalu berdiri ketika menjalankan tugasnya juga dinasihatkan supaya kurang berdiri ketika hamil. Jika boleh ia dinasihatkan lebih banyak berehat dengan berbaring supaya aliran darah dari bahagian kaki dapat mengalir dengan lancar.

5. Bengkak Kaki Bengkak kaki atau edema adalah satu tanda kehamilan. Biasanya ia tidak menandakan sebarang masalah, sebaliknya ada pakar yang mengatakan bengkak kaki adalah atau anda anak dalam kandungan itu lebih besar daripada biasa. Walaupun demikian jika bengkak kaki disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan kencing yang kotor iaitu mengandungi protein, ini menandakan wanita itu menghidapi penyakit toxemia. Keadaan ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan sewajarnya tidak diberikan.Dengan itu, penting bagi ibu yang mengandung menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian air kencing di klinik ibu mengandung. Bengkak kaki yang tidak disertai dengan tanda yang disebutkan tidak membahayakan langsung dan tidak menjadi mudarat kepada ibu dan bayi yang dikandungnya. Ia boleh dikurangkan dengan berehat secukupnya, iaitu berbaring sekurang-kurangnya setengah jam di waktu pagi dan juga tengah hari dan tidur awal pada waktu malam.

6. Tangan Kebas Sesetengah wanita mengalami rasa kebas pada bahagian tangan khususnya di peringkat akhir kehamilan. Ini disebabkan oleh kandungan hormon menyebabkan sendi menjadi bengkak sedikit. Berkemungkinan juga ada kaitan dengan kekurang vitamin B ketika kehamilan. Untuk mengatasi masalah ini rawatan dengan vitamin B akan diberikan dan kandungan air dalam tubuh juga akan dikurangkan dengan memberi rawatan yang sesuai.

7. Sakit Pinggang Dan Belakang Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.

8. Tegang Otot Cramps atau tegang otot khususnya di bahagian kaki kerap berlaku pada peringkat pertengahan dan akhir kehamilan. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan jika kerap berlaku. Tegang otot ini mungkin disebabkan oleh kandungan hormon estrogen yang meningkat ketika seseorang wanita itu hamil. Ia mungkin juga disebabkan oleh kekurang logam kalsium dalam darah. Dengan itu biasanya doktor akan memberi ubat kalsium dengan harapan boleh mengatasi masalah cramps ini. Pengambilan kalsium juga memberi manfaat kepada bayi untuk mengukuhkan tulang dan gigi.

9. Sembelit Sembelit kerap berlaku ketika hamil. Ini disebabkan oleh kelembapan perjalan tali usus berpunca daripada peningkatan hormon progesterone ketika hamil. Masalah sembelit mungkin dapat diatasi dengan menukar bahan makanan iaitu dengan melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran, jika boleh jenis ulaman. Buah-buahan seperti betik dan pisang adalah baik bagi mengatasi masalah sembelit ketika hamil. Kesan daripada sembelit ini berserta dengan urat timbul di bahagian dubur, buasir akan berlaku. Ini kadangkala menyebabkan pendarahan daripada dubur khususnya jika sembelit itu terusk. Elakkan sembelit dan kalau berlaku, rawatan khususnya ialah dengan menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam dubur untuk mengurangkan buasir. Biasanya keadaan ini akan pulih selepas kelahiran anak.

rujukan :http://www.hamidarshat.com

my baby bump+baby clothes...

Juz wanna share ......

my baby bump on 5 months of pregnancy.....








dan juga sedikit pics baju baju anak kitaorg.......

baru cikit jer shoping.....coz tatau gender...hehehe........




dan juga pics my asben wif my luvly niece......yaya.....
:
:
:


our wikend xtvt

rabu ni ada checkup.....huh...tak sabo nak dgr jantong baby....asek kene tendang2 manja jer kat pewut neh......mesti baby hepi kan...coz mama pun hepi......papa nak teman kita berdua g checkup.....yeayyyyyy.......alhamdulillah so far papa tak penah miss teman kita g checkup .....siap2 tertido2 kat luar klinik kesihatan tu tgu kita berdua abes checkup...,heeeeeeeeeeeeeee.....tQ papa@ayah.....we luv u veli much !!!!

so dis wednesday aku take a leave...every time checkup memang kene take leave....coz checkup abes selalunya dlm kul 2pm.....so sgt la tired nak masuk keje baliks.....lagi2 klu asek kene amek darah.....

skrg wikend we haf fun kann baby......wikend jer titon ada papa kat sblh....hikssss....gatai ......suke jer klu papa ada sblh.....looks like terapi yg baek agar emosi mama ceria selalu.....

aktiviti last week ada bowling event....our club.....papa terer tau...dpt no 3....tahniah bucuk mama.....lepas tu esoknya g weding kat Lui selatan.....n9....cuaca sgt la panass....so xtvt aku dlm kete tido jer la.....cian papa drive cuaca panass...tpi takper...ada convoy 3 kete kat blkg lagi...so papa tak bosan laa.......menu weding tu sgt best....coz pisang masak gulai lemak....mkn dgn nasi putih...puhh sedap....sebab dah lapo kot...huhuhu....

going back to kl.....smpi dlm kul 7ptg.....itu smpi lmbt pun sebab papa n the geng singgah ulu bendul mandi2 kejap......sejuk kan badan yg panass all the way drive tdi....

aku tak mandi pun...giler nak mandi time tgh sarat 6 bulan....licin batu2 kat situ...takat nengok2 dari atas tu boleh ler...pastu xtvtnyer makan2 ler sambil nunggu dorang mandi......

lepas dah smpi kl dlm kul 7 tuh.....papa pun rest...mandi.....makan....n makan pulut durian skali....huh....sukeee tgk papa makan..............sedappp eaaaa......dpt juga papa makan kan...mcm org mengandung jer abah cakap....hahahhaa....

then kul 8 lebey.....papa going back to jb....huh...cian dia......nasib baek ada asher yg drive back to jb.....so papa leh rest kat sblh.....takper....nti dah bersalin....mama dah dok sana....papa tak payah dah rushing going back jb-kl-jb-kl.......klu balik pun kita balik sesama dah.....:)

so we had a great wikend.....dis week aku plak baliks jb....klu takde aral g ledang dgn papa nyer bikers geng.....c how la boley ikot ke tak ......


okla...perut dah lapo ya aamat nih....jap g nak g lunch dgn akak lawyer ku....kak mimi....kat kedai biase jer....coz opis dia kat belakang jer...... jarak 2 blok dari opis ku........


ok......c in the next entri.............daaaaaaaaaaaaaa





luv 3 of us......



my lil 24 weeks

Alhamdulillah.....welcome to 24weeks of pregnancy.....

anak mama semakin membesar.....syukur n amin atas segalanya.....lets share the progress together....

Minggu ke -24

" puan akan merasa gembira,sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan....kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal...perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi akan berada pada bahagian bawah....manakala kulitnya akan semakin menebal....namun jangan terkejut sekiranya...puan dapati muka menjadi sembap..dan membengkak pada ketika ini...ini kerana tubuh sudah mula meyimpan air yg berlebihan...."

hurmm.......so far kaki tak bengkak lagi la..cume sgt penat biler lama berdiri dan jauh berjalan....plus sekarang ketiak aku semakin bertukar color menjadi gelap....dan mejadi pedih....mcm ada luka jer....masalahnya kedua dua belah plak tuh......ini disebabkan hormon ke atau aku alahan yer.....ke aku dah tak serasi dgn deoderant yg aku pakai skrg.....haihh.....sekarang tak pakai deoderant dah.....asek taruk bedak anti rashes tu jer....aka bedak merah aku panggil.....

tgk la mcm mana.....klu still worst aku kene jumpa doktor kulit la nmpknyer....giler sey....sakit n gatai dia dah mcm monyet mengaru jer......dua dua belah plak tuh.....haihhh.......

then biler dah 6 bulan ni anak mama semakin kuat menendangg.......semakin kuat yer dia lepas mama amalkan susu anmum materna neh......semoga anak mama nih semakin sehat yer.....sabar yer syg.....lagi 3 bulan mama n ayah akan dpt hugs kamu.............be a gud child k........

luv 3 of us...


Thursday, April 21, 2011

Teknik Menyusukan Bayi




Teknik Menyusu Bayi

Today aku survey cara cara untuk menyusu baby...bukan apa...ilmu kene ada sikit selain bnyk bertanya kat org2 berpengalaman..plus aku kene la rajin membaca....sok dah bersalin tau ler serba sikit cara nak menyusu anak......aku dah niat nak menyusu baby semampu yg boley....klu boleh biarlah smpi berusia 2 tahun...mcm aku dolu dolu.....menyusu dgn mak haku sampai umur 2 tahun....tu pasal biler dah beso tak bape suke minum susu.....tpi biler pregnant baru aku usahakan diri utk minum susu......kerana ianya untuk tumbesaran anak kami dlm perut neh......

Teknik Menyusukan Bayi

  1. Kedudukan badan
    • Pastikan anda selesa. bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau anda duduk bersandar di atas kerusi
    • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah ia mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membonkok sehingga terlalu rapat denan bayi
    • Gunakan bantal, kusyen atau bahan yang lembut untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan
  2. Cara memegang bayi
    • Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari
    • Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
    • bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu
  3. Cara memegang payudara
    • Cara yang betul adalah Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
    • Cara yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting
Posisi Penyusuan
  1. Posisi mendukung/buai
    • Ibu duduk memangku bayi dengan lengan
    • muka dan kepala bayi menghadap payudara
  1. Posisi mendakap/di sisi
    1. ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar
    2. ibu memangku bahu bayi dan memegang kepala
    3. pastikan runag mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke hadapan untuk menyusukannya
  1. Posisi mendukung bersilang/bersilang buai
    • Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi. Ibu juga boleh mengawal kepalanya
    • Posisi ini sesuai untuk bayi pramatang yang sukar untuk melekap
  1. Posisi baring
    • bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat ibu. Posisi ini sesuai untuk ibu yang hendak berehat
Penyusuan pasangan kembar
    • Bayi kembar boleh menyusu pada kedua-dua payudara pada masa serentak
Pelekapan

Cara yang betul menyusukan bayi
  • Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
  • gerakkan badan bayi ke arah payudara
  • pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola)
  • pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
Cara pelekapan yang betul
  • mulut bayi terbuka luas
  • dagunya mencecah payudara
  • bibir melekup keluar
  • pipi gelembung
  • payudara nampak penuh dan bulat
  • terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan
Cara pelekapan yang salah
  • dagu bayi jauh
  • tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi
  • dagu tidak menyentuh payudara
  • ibu rasa sakit
  • payudara boleh bengkak dan puting luka


Tuesday, April 19, 2011

my lil 23 weeks

Alhamdulillah.....syukur kepada MU ya ALLAH......my baby turns to 23rd weeks.....

lets share the progress.....

" pada minggu ke -23..pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik..jari jemarinya juga terbentuk dengan baik.....perubahan yang berlaku pada diri seorang ibu mengandung pada minggu ini amat baik...antaranya ialah rambut,tekstur kulit,kuku dan warna kulit.....rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan....kulit pula akan menjadi bertambah gebu,licin dan lembut....

next week ada checkup....then dat time baby already turns to 6 months!....3 months more to go.....

luv 3 of us...

Monday, April 11, 2011

my lil 22 weeks...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dipanjangkan umur oleh Yang Maha Esa keatas hamba2 mu ini....amin ya rabbal alamin....

dis week genap our lil 22-weeks...lets share the progress of 22weeks of pregnancy....

".......struktur gigi bayi kita mula berkembang...pengerakkan bayi kita juga akan menjadi semakin aktif..ibu sebaik baiknya memberikan tindak balas dengan setiap gerakan,tendangan atau bunyi dlm uterus tersebut..pada masa ini ibu sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat ayat Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak berada dalam kandungan lagi...dekatkan perakam atau pemain cakera padat dengan perut ibu..InsyaAllah..bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak anak yang pintar lagi soleh...belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang..........."



alhamdulillah....mama selalu dekatkan earphone dan pasangkan surah yassin,surah maryam,surah yusof dan surah taubah....semoga baby dalam perut mama ni jadi insan yg berguna pada agama bangsa n negara....juga menjadi anak yg soleh n solehah....amin....

Monday, April 4, 2011

my lil 21 weeks...

Alhamdulillah....dipnjgkan umur dah rezeki oleh NYA....my lil baby turns to 21-weeks...

let's share the progress of 21weeks pregnancy for mama n baby....:)

"...ibu yang mengandung akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan akan membesar dengan perlahan...jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting..kita perlu elakkan daripada melakukan kerja kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang...malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi...."



ibu yg bnyk mengalami perubahan minggu ke-21 ni rupenyer....so need rest la nmpknyer.....:)


ok la..time to cont my work.....daaaaaaaaaaaaa





luv 3 of us...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...