Monday, July 11, 2011

Tanda tanda bersalin

Tanda Tanda hendak bersalin...

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim

Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Sekiranya mempunyai tanda-tanda hendak bersalin, anda perlu pergi ke hospital yang telah dirancang. Tanda tanda bersalin termasuk: sakit bersalin, petunjuk (terdapat kemerahan tanda seperti darah dan lendir di permukaaan serviks) dan pemecahan air ketuban.
Sebaik sahaja anda dimasukkan ke wad, kakitangan hospital akan melakukan perkara-perkara berikut:

1.
Cardiotocography (CTG); untuk memonitor degupan jantung fetus
2.
Enema; untuk membersihkan usus besar
3.
Pemeriksaan vagina; untuk memonitor bukaan serviks
4.
Memasang titisan intravena; tiub plastik akan dimasukkan ke
dalam salur darah. Tiub ini adalah untuk memasukkan ubat jika berlaku kes kecemasan.

Terdapat 3 peringkat proses bersalin:
1.
Peringkat pertama
Serviks akan terbuka perlahan-lahan
sehingga bukaan berukuran
10 cm bagi membolehkan bayi keluar.
Pengecutan otot pada mulanya
agak perlahan setiap 10 minit dan bertambah
kuat dan kerap. Pada akhir
peringkat pertama pengecutan berlaku setiap
2 hingga 3 minit dan berterusan
selama 40 saat. Peringkat pertama biasanya
mengambil masa lebih kurang
8 jam.

2.
Peringkat kedua
Peringkat ini bermula apabila serviks telah
terbuka sepenuhnya dan berakhir
apabila bayi dilahirkan. Dengan bukaan
serviks yang luas, bayi akan bergerak
turun sehingga kepalanya muncul di bukaan
vagina. Selepas kepala dan
bahunya keluar, bayi boleh keluar dengan
mudah. Peringkat ini mengambil
masa 30 minit. Biasanya episiotomy
(potongan di bahagian bawah vagina)
dilakukan untuk mengelakkan vagina
dari terkoyak.

3.
Peringkat ketiga
Selepas bayi dilahirkan, uterus akan terus
mengecut dan ia akan
dikeluarkan. Peringkat ini mengambil masa
lebih kurang 20 minit.

waahhh......tanda tanda kecil seperti perut
memulas,sakit belakang,kerap
buang air besar,kentut dan sakit kelangkang
memang kerap
semingu dua neh....haihh.......dah nak hampir
ker masanya......lepas ni
tanda besar ler pulak gamaknya......teruja dan
takot plak dibuatnyer......
semoga ALLAH permudahkan semuanya....
minggu ni pun dah mula
minum air selusuh.....kita hanya berusaha n
berdoa....segala datang dariNYA.....


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...