Wednesday, September 12, 2012

Pengalaman bersalin Syahmi..# Part 1

Assalamualaikum...hai..

Kali ni nak berkongsi pengalaman bersalin kali pertama. Almaklumlah anak sulung..jadi semua perkara adalah baru bagi aku.Minta maaflah klu ayat2 atau struktur penceritaan aku kelam kabut..tunggang terbalik ker..sbb apa yg aku taip ni seme perkara yg terlintas kat kepala bila menceritakan pengalaman bersalin..

dan entri ni dibuat selepas ada org request nak taw proses bersalin aku..rujuk entri SINI

Ok utk pengetahuan..tarikh due untuk bersalin adalah pada 14 Ogos 2011…tapi di sebabkan baby belum nak kuar lagi..doktor tambah lagi 9 hari…iaitu bersamaan 23 Ogos 2011..Bab false alarm aku dah terkene 2 kali..seme gara2 contraction yg wat kita laki bini cuak….sikit2 ke hospital..bila wat ctg kat perot..dan check bukaan..doktor cakap baru 1cm…so dimintak balik ke rumah semula…alahaii…sgt tension ok…sbb check bukaan adalah sgt sakit ok…pastu yg kelakar nyer….rasa malu masih menebal…siap kangkang cikit jer bagi doctor masukkan tangan..pastu  nurse cakap…”anak pertama ke..” then aku cakapla ..”yer nurse”..pastu nurse tu jawab..” awak tak leh malu2 dah…kene kangkang luas2 bagi doctor check laluan..so start tu aku end up tak segan dah dgn sesisapa yg nak check laluan bukaan rahim aku…even doctor lelaki or perempuan….Cuma yg tak bestnyer biler tang doctor pelatih laa..sbb dorang tak tahu nak teka dah berapa cm..huh sabo je laa…last2 panggil ketua dia jgk dtg tgk..haihh…

Ok..berbalik  pada tarikh tu..doktor bgtau jika pada 23hb tu kalau aku still takde apa2 tanda nak bersalin..doktor akan paksa aku bersalin.iaitu induce lerr..utk sape yg tatau induce tu apa..induce tu ialah sejenis ubat pil yg dimasukkan di “anu” kita org pompuan nih…ada yg ckp sakit..ada yg ckp mcm check bukaan…tapi Alhamdulillah aku tak merasa la di induce..huhu..sbbnya??

22/8/2012 - Isnin

Sbbnya aku pecah air ketuban pada 22hb iaitu sehari sebelum aku kene serah diri kat hospital serdang.. air ketuban aku pecah lebih kurang dlm 7 pagi cenggitu.. bila aku cuba nak tidur balik lepas bersahur …masa tu baru 22 ramadhan..mcm biasa..bila  lepas sahur aku akan on laptop,..then  aku nak check fesbuk...boring tauu..sbbnya aku dah start cuti..sbb excited nak tggu waktu bersalin..tu pasal lepas sahur nak sambung tidor balik…kebetulan asben xde coz emergency balik JB pada 21hb tu sbb kawan baek incik asben eksiden motor and meninggal on the spot..

Ok2..tamo sedih2..so kita sambung citer balik.

pada pagi 22/8 tu..bila aku nak cube tidur dan nak pusing  badan ke kiri n ke kanan….tiba tiba ada air mengalir kat celah peha aku…then aku rasa tak selesa..sku igtkan aku terkencing ke hape…pastu aku bangun n berdiri laa…tpi air tu mengalir mencurah curah kat celah peha aku…then aku terus tak berani kangkang….terus aku assume ni air ketuban aku dah pecah !!! terus aku jerit panggil mak….ckp air ketuban dah pecah…pehh…masa tu mak terus ke bilik aku tgk….tgk kat katil dah basah abes…then kat karpet pon dah basah…terus mak aku ckp suh siap2 pegi hospital..tapi aku cakap la yg nak pegi cemana…air bnyk keluar nih..pastu nak pegi dgn sapa…kat umah ada aku n mak je…abah takde…sbb keje…asben aku plak kat JB…then tak kan aku lak yg nak kene drive….sbb mak tak reti drive…last2 mak aku ketuk jiran sebelah…nasib baek asben makcik jiran aku tu tak pegi keje lagi..kalau tak haruuu…sapa nak anta  pegi sepital…sbb aku pecah ketuban tu ngam2 ari Isnin..org siap2 nak pegi keje…nak pegi sekolah bagai..
Bila mak tgh bgtau jiran pasal keadaan aku..terus aku masuk bilik air sbb nak kasi air tu habis meleleh kat bilik air jer sbb aku dah tak selesa…habes basah bilik aku…
tapi mak aku jerit2 marah ckp biar je meleleh dlm bilik tu…ko dok dlm bilik air watper…nanti jatuh….huhu..aku pun degil..dok je kat bilik air tu..sbb bila aku berjalan..air menceceh je kat lantai…sgt tak selesa..huhuhu..korang tgk tuuu…tgk aku degil disitu..huhu..

bila pakcik sebelah dgn baik hati nak anta aku g spital..aku pon hulur lah kunci kete aku kat mak…so bior je dia drive kete aku..n yg basah or kotor pon kete aku…masa tu mak aku dah kasi aku kain batik 3 4 helai..kejap je kain2 tu seme dah basah…so masa nak naek kete tu jiran2 satu tangga seme tgk aku n bagi sokongan moral…wahhh…rasa mcm nak  masuk pertandingan jer..huhu..then bila aku masuk kat seat belakang…mak aku lak pi alas kusyen kete dgn plastic sampah yg besar kaler itam tu..katanya nanti takde la basah kusyen..masa tu aku dah tak kesah pon klu kusyen kete aku basah..sbb nak beranak punya pasal…

so masa nak otw tu agak jammed skitla.. sbb org sebuk nak g keje kann…so masa tgh otw tu..aku mintak henpon mak..sbb aku punya henpon tertinggal kat umah…
aku pun tepon la asben aku nak bgtau yg aku dah otw g spital…tapi dia tak pick up phone lak…so aku terus call mak mentua aku punya phone…dial pertama tak angkat...dial ke2 baru diangkat ..tpi yg angkatnya asben aku sendiri pulakk..terus la aku sebak sambil bercakap yg aku otw g sepital…sbb air ketuban dah pecah..terus dia kata dia nak gerak balik….huhu..
masa tu aku doa dlm hati biarlah asben aku selamat sampai kl…risau dia kelam kabut lak bila dgr aku dah otw pi spital…aku memang berdoa sgt dpt jmpa asben dulu before berjuang kat labour room… sbb kat hospital serdang asben boleh masuk labour room…

so bila aku dah sampai kat hospital serdang..aku pon terus masuk bilik saringan…sebelum masuk tu aku serahkan buku pink tu kat kaunter…then masuk bilik saringan..kemudian  baring laa..bila dah check perot..scan bagai…doctor ada menda nak cakap kat aku…katanya aku tak boleh bersalin kat sini....watdehel..alasannya katil kat wad bersalin dah penuh…dia cakap…org yg dah bersalin pon still tak leh transfer lagi kat wad biasa..so kat labour room dah penuh dan padat..then aku cakap la..aku nak bersalin kat sini jugak…dan dia pun berkata...bahaya if awak still nak bersalin kat serdang jugak sbb air ketuban dah pecah..baby dah takde sokongan takot masuk kuman ..so bahaya klu takde sape nak monitor baby awak…plus doctor tak ramai arini..ada 2 org jer..patient ramai..plus awak baru  bukak 2cm..tpi ketuban dah pecah..so sgt bahaya if tak monitor baby awak….

then bila bincang dgn kuarga plus asben aku yg dah selamat sampai hospital serdang..aku pon setuju la untuk dihantar ke hospital kajang…sbb aku takot pape berlaku kat baby aku…yelah..air ketuban dah pecah…
Doctor tu pun bgtau  dorang yg akan uruskan penghantaran ke hospital kajang..dorang akan dtg  dgn ambulan..so aku kene naek ambulan..itu ler pengalaman pertama naek ambulan..huhu..
Asben n mak follow dgn kereta ikot belakang ambulan…seronok la dorang..langgar lampur merah plus kete lain bagi laluan …huhu..mcm Agong nak lalu gitu..=.=

Bila dah sampai hospital kajang..aku terus masuk wad dulu…sdp lak rasa masuk wad tu sbb aircond dia sejuk sgt..tapi agak ramai laa..dan aku sempat berborak dgn akak katil sebelah..dia tgh tunggu nak di induce sbb darah tinggi naek...aku tanya la anak keberapa..dia cakap anak ke 3 rasanya…ntah la..dah lama lupe laks..huhu…so ilang sikit rasa gementar bila borak2 tuh…dlm kul 3 ptg mcm tu..rasa contraction dah kerap..tapi aku diam dulu..sbb nak bagi dia bukak besar cikit baru bgtau nurse suruh check laluan….
Pastu selang 30 minit nurse dtg check perot aku..dia ckp contraction aku dah setiap 15minit..pastu klu sakit sgt jerit bgtau dia katanya...aku anggukkan ajer..

Pastu dlm pukul 4pm tu aku dah sakit sangat…sgttt sakit sampai menangis..terus nurse suruh masuk bilik utk check bukaan…check2 jer aku dah 4cm..terus nurse nak anta aku g labour room …naek wheelchair jer..masa tu dah nangis2 dah…sambil tu  minta maaf kat asben..asben follow sampai labour room yg kat luar tu je…pastu aku pon landing la kat katil labour tu..kat hospital kajang asben tak leh masuk..kene tunggu kat luar..bila dah kat katil tuh..selang sejam ada je yg seluk nak tgk bukaan aku..pastu nurse tu cakap…air ketuban dah pecah lama…tapi bukaan lambat…jadi dia  cucuk n masukkan air pitocin kat tgn aku…pehh…air tu masuk jer aku punya sakit contraction macam org giler..rupanya air yg dia masukkan tu utk mempercepatkan bukaan pintu rahim…mulut aku plak asik dok baca doa nabi nabi yunus tu…terkumat kamit mulut aku..kekadang sampai terkeluar bacaan tu sbb aku baca kuat sgt…

Aku start sakit kaw kaw punya dari kul 4 ptg sampai la kul 11 malam..akhirnya bukaan bukak 10cm…masa tu aku rasa mcm baby nak kuar ..apa lagi nurse dah ramai2 kat depan aku sambil Dr.Saadah if tak salah aku nama dia…pon dah ada depan aku…bila aku teran dia cakap aku teran salah…sbb cara cenggitu wat tolak baby masuk kedalam balik…adooiii..mcm mana ni aku dah excited ni nak bersalin normal..then aku rileks balik sbb takde rasa nak meneran,,…pastu bila ada rasa nak meneran jer..aku teran lagi..tapi still xboleh..sakit tak payah cakap laa…then doctor check n bgtau baby dah lemah ni..….doktor pon masuk seluk n cakap kepala baby jauh..then aku ckp la…apesal jauh lagi..kan dah bukak 10cm…pastu doctor tu suruh nurse tu amek apa ntah..dia silangkan kaki aku kat besi tu..function dia nak suruh aku kangkang luas luas..helooo…tak cukup luas ea aku kangkang??uiisshh.dasatt…

Doctor cakap baby aku besar..tu yg tak leh kuar lagi..eh..cenggitu ea…pastu Dr Saadah tu pon check perot aku bgtau yg CTG baby dah tak cantek..dia takot baby lemas sbb aku dah takde rengsa atau rasa nak meneran..sbb aku dah takde rasa sakit…serius..so aku mintak kat doctor aku nak rest jap…sampai ke tahap tu okey...sbb takde rasa menerann…doctor dah risau tgk keadaan aku…sbb air ketuban dah lama pecah..so risaukan keadaan baby..doktor tu panggil ketua doctor yg bertugas ….seorang doctor lelaki okeh..
Doctor  tu  pon tgk la laluan aku…pastu apa ntah dorang bincang sesame dorang..last2 doktor Saadah tu ckp bgtau menda yg aku tak nak dgr…


Apakah itu??


Cont next entri k.....pnjg sgt dah aku ngomel..huhu...

1 comment:

  1. Hai..tq jenguk blog saya..Saya pulak bersalinkan Syamil Syahmi tu kat Hospital Selayang (sebab sempat balik rumah mak nak bersalin jugak kat KL!).Kawan-kawan kat JB ni bersalin lebih prefer ke Hospital Kulai,HSI atau Hospital Swasta.HSA suami tak boleh bawak masuk.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...