Showing posts with label Solid Foods. Show all posts
Showing posts with label Solid Foods. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Makanan Pelengkap






Makanan Pelengkap..



Bagus ada jadual mcm nih.

Boleh tau nak masak apa utk sikecik...plus tau apa yg boleh n tak boleh si kecik neh makan...

yerlahh...ilmu tak berapa nak ada pasal hal makan anak anak neh...

so haruslah membaca n mengoggle segala apa yg ada mengenai solid food...


let's share it ~~

Friday, February 24, 2012

Puree carrot syahmi...4days rule

malam tadi fully suap syahmi dgn puree carrot.
alhamdulillah laju jer dia makan...
tpi aku juz letak 1 1/2 sudu besar je dlm mangkuk dia..pastu taruk susu badan aku yg baru di pam..
pastu gaul2kan n suap dia dgn sudu baby..
bagi memula ujung2 sudu jer..
pastu syahmi ni macam marah jer aku suap sikit2...
jadiknya aku suap bnyk sikit..
hah ko..makan betol dia...
terima kasih jgk kat ayah sbb pegangkan syahmi..yelah..syahmi mana pandai duduk btl2 lagi...
klu dia dodok mau nyer condong ke kiri atau ke kanan..huhu..

today syahmi akan makan menda yg sama je lagi..
dia akan makan menda yg sama selama 4 hari...
lepas tu baru aku buat puree yg laen...
aku tak nak wat stok puree yg frozen bnyk2..
mcm tak sesuai la plak nak kasi anak mkn yg sejuk2..
lepas balik keje tuh aku suke buat puree syahmi..
so syahmi dpt makan yg fresh2...
lagipun syahmi baru intro nak makan...
so dia makan sekali sehari jer..

hurmm...dah besar anak mama neh...
dah masuk bab makan...dah pandai meniarap...dah pandai lonjak ke depan...
dah pandai mengundur dgn keadaan punggung tongek dia tuh.huhu
so sweet...
tak lama lagi syahmi merangkak plak...pastu berdiri2...then berjalan..

hokey hokey mira..enough..tak yah pikir jauh sgt...
enjoy the moment dulu..

btw, late 2 days ni semua citer pasal arwah adik faris yg meninggal sebab barah darah tuh...
semua org bersimpati dgn family dia n dgn arwah adik tuh..
orgnya sgt comel n aktif..
aku yg baca entri mazidul n baca facebook ayah arwah adik faris neh.
tersentuh jiwa n hati aku..
tetiba mengalir air mata aku...
erm...sudah perasaan mak mak aku neh...
yerlah..bila dah ada anak neh....aku cepat tersentuh....
semoga arwah adik faris tenang disana..
alfatihah.....

Friday, February 10, 2012

Panduan Pemakanan Bayi

Panduan Pemakanan Bayi
Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk solid food

Terdapat tanda yang menunjukkan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan baru, iaitu:

1.Mempunyai berat badan yang 2 kali ganda dari waktu dilahirkan
2.Kalau kita makan, dengan khusyuknya baby kita tengok makanan yang sedia terhidang kat atas meha
3.Memasukkan jari di dalam mulut mereka, kekadang lebih dari satu jari..
4.Setiap kali diacah dgn tangan ataupun sudu pasti dia akan membuka mulut (nganga)
5.Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
6.Mencuba untuk mencapai sudu, pinggan, mangkuk dan sebagainya.

Memberi makanan pejal terlalu awal (bayi berusia kurang 6 bulan)

Bayi seharusnya diberikan susu ibu (atau susu formula) sehingga mereka bersedia untuk makan makanan solid. Ada sesetangah ibubapa berpendapat lebih elok jika bayi diberi makanan solid seawal usia 4 bulan lagi, dengan harapan berat badan bayi mereka bertambah (tak kena marah dengan nurse), tidur malam dengan nyenyak tanpa menggangu tidur ibubapa. Namun, disebaliknya terdapat beberapa kemungkinan masalah yang akan berlaku kepada bayi ini seperti:

1.Diarrhoae (sembelit) kerana makanan pejal tidak dapat dihadam dengan sempurna - dalam tahun juga ade beberapa kes dilaporkan usus bayi pecah kerana diberi makanan solid seawal usia 4 bulan.

Pengenalan makanan solid pada usia 6 bulan

Susu ibu (atau susu formula) adalah makanan penting bagi bayi anda sehingga mereka berusia 12 bulan. Namun setelah bayi anda mencapai umur 6 bulan, seharusnya mereka didedahkan dengan makanan solid, ini adalah kerana.. bilanya bayi anda mencapai umur 6 bulan, mereka memerlukan pendedah kepada tekstur pepejal dah bukannya hanya berharap pada susu ibu atau pun susu formula sahaja.

Kadar tumbesaran bayi berlaku dengan sekelip mata sahaja,Namun begitu dalam proses tumbesaran terdapat pasang surut terhadap selera anak anda, yang dipengaruhi oleh keadaan seperti :

•tumbuh gigi
•keaktifan seseorang bayi
•proses meniarap, merangkak, berjalan dan sebagainya
Apa itu “ Baby -Weaning”?

Weaning itu sendiri membawa maksud perubahan daripada minuman susu ibu atau susu formula sahaja kepada pemakanan makanan solid.. yang bertekstur halus.

APA YANG PERLU DIBERI PADA BAYI SEBAGAI MAKANAN PEJAL PERTAMA BAYI ANDA

UMUR 4 ~ 6 BULAN :

- Tujuan memperkenalkan makanan pada baby ketika ini ialah untuk membiasakan baby anda dengan perubahan pelbagai rasa & struktur makanan.

- Mulakan dengan 1 hidangan sehari dengan hanya memberikan kuantiti kecil makanan (1sudu makan) pada breakfast ( 10am or 11am) dan kita tengok penerimaan baby terhadap makanan tadi.

- Jika baby menolak/reject makanan tadi itu bermakna baby masih belum ready untuk makan solid food. Jangan sesekali campurkan nestum/cereal ke dalam botol susu baby, BAHAYA!.

- Jika baby anda menerima makanan tadi, maka selepas beberapa minggu (anggaran dalam 2 weeks) jadikan 3 hidangan setiap hari dengan meningkatkan kuantiti makanan.

- Antara cara untuk melihat baby anda bersedia, cuba ambik makanan tadi dengan jari anda dan lihat jika baby anda mampu menelan makanan tersebut maka teruskan menyuapkan makanan baby dengan sudu. Jika tidak itu tanda baby masih belum bersedia.

- Antara makanan awal yang boleh di intro kan kepada baby anda ialah Brown Rice , Avocado & Banana, Apple , Pear , sweet potato bukan potato biase tu ye, pumpkin

UMUR 7 ~ 8 BULAN :

Brown Rice, Oat, Keledek Oren/Ungu, Barley , Avocado , Apple , Banana, Appricot, Manggo ,Peaches, Pear , Plum , Prune, Pumpkin, Sweet potato , Dates, Green bean,Carrot , Peas ,Zuchini, Kacang Peas , Ayam, tauhu @ tofu lembut

UMUR 8 ~ 10 BULAN :

Brown Rice, Oat, Barley , Keledek Oren/Ungu, Wheat, Pasta, Sesame, Flax Avocado , Appricot,Blueberry, Cherry, Cranberries, Apple , Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo , Blueberries, Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef , egg yolk & fish , plain yoghurt but full fat, butter & cheese (seeloknya cream cheese)
selepas baby 8bulan anda boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, batang celery , halia atau daun parsley ke dalam bubur baby. (atau herbs)

UMUR 10 ~ 12 BULAN :

Semua jenis grain , Keledek Oren/Ungu, Avocado , Appricot, Blueberries, Cherry,Cranberries, Apple , Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo , Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef, bawang, Jagung, timun, bayam , tomato, , whole egg & any fish.

Tuesday, February 7, 2012

solid foods

ni article yg aku dpt utk save..
blh buat reference for futures...
risau wor klu terkasi makanan yg dia tak boleh makan kan...
kang sakit sapa yg susah...haku jgk yg susah....

so mari la kita sama2 take note yer mommy2 n bakal mommy...

jgn lupe tgk words yg avoid tuh...
that for our baby..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...