Wednesday, June 20, 2012

Kenapa tangan kebas ??

tangan kebas...mungkin perkara biasa bagi mereka yg mengandung...tapi bagi aku yg dah bersalin dekat 10 bulan ni..kebas di tangan masih berlaku..waima semasa makan pun tgn boleh kebas...dan yg paling tension nyer bila yg kebas ni tgn kanan ! adoooii...seksa..:(

aku dah tak tahu nak wat camner lagi dah...lately makin menjadi2..asek nak kene garu2 jari..bukak tutup jari. nak bagi hilangkan kebas..tapi sekejap je ilang kebasnya...pastu jadi balik...

dan paling menakutkan aku...bila aku guna incik google...aku nmpk petikan ni..

" Selalukah anda merasa kebas tangan? Jika anda merasa kebas tangan dan ia berlaku berulang-ulang, ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena atau mungkin ada berlaku kerosakan atau penyakit pada saraf di jari, pergelangan tangan, tangan, lengan atau leher. Kerosakan saraf di tangan mungkin disebabkan oleh kecederaan semasa menjalankan aktiviti yang lasak seperti menaip, menggunakan tetikus komputer, atau mengendalikan mesin/kejenteraan yang bergetar kuat. Oleh itu, eloklah dapatkan diagnosis yang betul daripada doktor supaya punca sebenarnya dapat diketahui.
Pembengakakkan di sendi-sendi seperti di pergelangan tangan yang memberi tekanan kepada saraf median yang mengurangkan kelancaran peredaran darah di tangan.
Tangan kebas juga merupakan salah satu daripada tanda awal serangan strok/angin ahmar….. jadi, kebas tangan ini jangan dipandang enteng sahaja.
Kebas tangan ini boleh juga dikurangkan dengan rawatan alternatif seperti menggunakan sarung tangan yang dilengkapi dengan sinar infrared.."

uishhh..bior betik...tak kan nak kene strok...alahaii malasnya nak g jmpa doctor pasal kebas neh...dulu tiap kali checkup pregnant...nurse asek ckp..."takperla..nti lepas bersalin tu kebas hilang la.." tapi mana ada hilang....selalu kebas kebas lagi adalahh...:(

macam mana neh....nak pegi ke tak jmpa doktor?

nak

tak nak

nak

tak nak


ermm....takperla...pikir kemudian laa..nak try alternatif lain dulu...mungkin ada petua hilangkan kebas neh...


-takot-

3 comments:

  1. jgn lupe jumpe doctor klu rasa mcm x ilang kebas tu ye

    ReplyDelete
  2. Saya kebas sb slip disc kt c5c6..tp tk teruk..baru2 ni je rasa

    ReplyDelete
  3. cuba baca yang ni http://daeing72.blogspot.com/2012/05/kebas-tangan.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...