Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim
Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- sakit perut, memulas
- kerap buang air besar
- kerap terkentut
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim
Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Sekiranya mempunyai tanda-tanda hendak bersalin, anda perlu pergi ke hospital yang telah dirancang. Tanda tanda bersalin termasuk: sakit bersalin, petunjuk (terdapat kemerahan tanda seperti darah dan lendir di permukaaan serviks) dan pemecahan air ketuban.
Sebaik sahaja anda dimasukkan ke wad, kakitangan hospital akan melakukan perkara-perkara berikut:
1. | Cardiotocography (CTG); untuk memonitor degupan jantung fetus |
2. | Enema; untuk membersihkan usus besar |
3. | Pemeriksaan vagina; untuk memonitor bukaan serviks |
4. | Memasang titisan intravena; tiub plastik akan dimasukkan ke dalam salur darah. Tiub ini adalah untuk memasukkan ubat jika berlaku kes kecemasan. |
Terdapat 3 peringkat proses bersalin:
1. | Peringkat pertama |
Serviks akan terbuka perlahan-lahan sehingga bukaan berukuran 10 cm bagi membolehkan bayi keluar. Pengecutan otot pada mulanya agak perlahan setiap 10 minit dan bertambah kuat dan kerap. Pada akhir peringkat pertama pengecutan berlaku setiap 2 hingga 3 minit dan berterusan selama 40 saat. Peringkat pertama biasanya mengambil masa lebih kurang 8 jam. | |
2. | Peringkat kedua |
Peringkat ini bermula apabila serviks telah terbuka sepenuhnya dan berakhir apabila bayi dilahirkan. Dengan bukaan serviks yang luas, bayi akan bergerak turun sehingga kepalanya muncul di bukaan vagina. Selepas kepala dan bahunya keluar, bayi boleh keluar dengan mudah. Peringkat ini mengambil masa 30 minit. Biasanya episiotomy (potongan di bahagian bawah vagina) dilakukan untuk mengelakkan vagina dari terkoyak. | |
3. | Peringkat ketiga |
Selepas bayi dilahirkan, uterus akan terus mengecut dan ia akan dikeluarkan. Peringkat ini mengambil masa lebih kurang 20 minit. waahhh......tanda tanda kecil seperti perut memulas,sakit belakang,kerap buang air besar,kentut dan sakit kelangkang memang kerap semingu dua neh....haihh.......dah nak hampir ker masanya......lepas ni tanda besar ler pulak gamaknya......teruja dan takot plak dibuatnyer...... semoga ALLAH permudahkan semuanya.... minggu ni pun dah mula minum air selusuh.....kita hanya berusaha n berdoa....segala datang dariNYA..... | |
No comments:
Post a Comment